Famili

Kad Pengenalan Hilang? Ini Senarai Tempat Boleh Siap Dalam Masa 30 Minit Sahaja!

19
SHARES
KAD PENGENALAN HILANG

“Alamak, kad pengenalan hilang. Macam mana ni!”

Anda nak gunakan kad pengenalan dalam kadar segera tetapi MyKad rosak atau hilang?

Jangan risau, senarai pejabat JPN yang disenaraikan ini boleh proses MyKad dalam 30 minit sahaja sekiranya tiada masalah cap jari, bukan hilang kali ke-3 dan tiada masalah sistem.

Baca juga: Cara Check Email Dah Dibaca Oleh Penerima Ke Belum, Senang Je!

KAD PENGENALAN HILANG? INI SENARAI TEMPAT SIAP DALAM 30 MINIT

kad pengenalan hilang

Sekiranya anda mengalami masalah tiada cap jari, hilang lebih kali ke-3 dan tiada dalam sistem, boleh memohon seperti cara di bawah:

Syarat permohonan

– Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN

– Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Dokumen sokongan (asal dan salinan)

– Bagi kehilangan kad pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan kad pengenalan yang hilang.

– Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan bil elektrik/bil air/bil pembentungan/bil utiliti/cukai pintu/cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/perjanjian jual beli rumah/perjanjian atau resit sewa rumah/dokumen sokongan dari penghulu/ketua kampung/ tuai rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya.

Bayaran

Bagi permohonan melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” di portal JPN bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.

kad pengenalan hilang

Jaga baik-baik ya kad pengenalan diri. Penting tu!

Baca juga: Parent, Jangan Ikut Trend! Bagi Anak Peluang Untuk Pilih Bidang Yang Diminati

Sumber: Twitter JPN HQ Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×