Percutian

Panduan Urus Passport Terbaharu Supaya Tak Kalut & Kusut, Baru Boleh Bercuti!

23
SHARES

Umum mengetahui bahawa urusan perbaharui passport perlu dilakukan secara atas talian dan hanya boleh walk-in untuk permohonan baru, warga emas, OKU, kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan jemaah haji.

Walaubagaimanapun, segelintir orang awam mengalami masalah ketika urusan perbaharui passport kerana tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi, bagi melancarkan proses, berikut merupakan panduan urusan passport supaya lebih teratur dan tak kusut.

Baca juga: Tiada Lagi Walk-In, Ini Cara Renew Passport Secara Online

PANDUAN URUSAN PASSPORT TERBAHARU SUPAYA TAK KALUT & KUSUT

passport

Akhirnya selesai urusan passport untuk seluruh keluarga. Saya kongsikan panduan supaya anda tak perlu kalut dan kusut macam saya.

– Benda paling utama untuk tekankan ialah walk-in hanya untuk golongan berikut:

  • Permohonan baru.
  • Kanak-kanak bawah umur 13 tahun.
  • OKU
  • Pelajar yang akan menyambung pelajaran.
  • Jemaah Haji.

Korang klik je la pautan ini dan buat permohonan online: di sini.

Sediakan siap-siap:

1. Maklumat passport terdahulu.

2. Gambar ikut spesifikasi (kena besarkan sebab banyak sangat kisahnya). Pastikan latar belakang putih, pakaian gelap dan jangan scan! Minta kedai gambar email atau masukkan dalam thumb drive.

3. RM200 untuk dewasa atau RM100 untuk kanak-kanak, OKU dan Warga Emas. Boleh guna FPX atau kad kredit.

4. Cetak resit bayaran. Nak ambil passport nanti kena bawa.

5. Permohonan online ni sekejap sahaja boleh dapat maklum balas. Tak sampai 24 jam kita dah boleh semak di portal. Kalau email, lambat sikit nak dapat. Kalau lulus, boleh terus ambil passport di Pejabat Imigresen yang kita tetapkan. Kalau di UTC Perak, saya nampak boleh walk in je. Tiada nombor khas diperlukan.

6. Kalau tak lulus, tarik nafas dalam-dalam, it’s going to be a long and tedious journey. Antara sebab proses pembaharuan tergendala adalah gambar tidak ikut spesifikasi dan cap jari tiada dalam rekod.

7. Masalah utama nak siapkan passport adalah nak dapatkan nombor giliran untuk proses passport. Bila dah lengkapkan butiran gambar, cap jari dan pembayaran, laju je.

Tak sampai satu jam boleh siap. Kalau macam di Ipoh, kena dua kali beratur. Satu untuk masuk UTC, lagi satu untuk ambil nombor giliran di Jabatan Imigresen. Tempat lain mungkin berbeza dari segi kaedah dan waktu operasi. Pastikan semak dahulu di laman web.

Tips tambahan dari saya:  

– Jangan buat last minute. Kalau boleh, sebulan awal dah rancang dah hari apa nak perbaharui passport.

– Cari masa off peak. Minggu lepas saya pergi waktu cuti sekolah. Memang ramai Ya Amat. Harini, kurang sedikit orang nak kejar nombor giliran.

– Kita nak beratur lama. Pastikan bawa kudap-kudap dan air. Bawa bahan bacaan. Nak lagi sedap, bawa kerusi lipat.

– Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Pegawai yang melayan di kaunter. Bukan mereka yang putuskan untuk laksanakan kaedah yang rumit ini. Mereka pun manusia. Mereka pun penat. Kita nak orang senyum, tapi kita pula muka bengis.

Sumber: Facebook Ahmad Firdaus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×