Famili

Parent, Jangan Ikut Trend! Bagi Anak Peluang Untuk Pilih Bidang Yang Diminati

14
SHARES

Perhatian kepada ibu bapa di luar sana, pastikan anda memberi peluang untuk anak memilih bidang selepas SPM kerana ia melibatkan kesihatan mental dan perjalanan mereka di masa hadapan.

Jangan sesekali memaksa mereka meneruskan pembelajaran dalam bidang yang tidak diminati kerana ini akan merugikan.

Baca juga: Si Kecil Malu Pakai Barang Murah? Parent, Ajar Anak Jangan Pilih Jenama, Boleh Bawa Masalah Mental!

BIAR ANAK PILIH BIDANG SELEPAS SPM, JANGAN PAKSA

BIDANG SELEPAS SPM

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, ada suatu ketika dulu, ibu bapa berlumba-lumba untuk menghantar anak mengambil jurusan perubatan, pergigian dan farmasi dan juruterbang.

Walaupun anak tidak berminat dan tidak mempunyai keupayaan dari segi akademik untuk mengambil jurusan tersebut, mereka tetap dipaksa semata mata untuk memenuhi impian ibu bapa.

Wang simpanan dikeluarkan, pinjaman dibuat dan anak dihantar ke institusi pengajian tinggi swasta di dalam dan luar negara untuk mengambil bidang tersebut.

Ada yang terkandas semasa dalam pengajian dan ada yang tidak mampu untuk meneruskan kerjaya kerana tekanan yang tinggi. Lambakan graduan dalam bidang tersebut menyebabkan ramai yang tidak mendapat pekerjaan tetap.

Sebenarnya, banyak lagi bidang bidang lain yang boleh diteroka. Dapatkan khidmat kaunselor kerjaya untuk meneroka bidang yang setara dengan minat dan kemampuan akademik anak anak.

Berbual dan berbincang dengan anak sambil mengkaji pasaran kerja semasa. Berhenti memaksa anak mengambil bidang yang tidak diminati semata mata untuk memenuhi impian anda.

Berilah anak peluang untuk memilih apa yang mereka minat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi 8 Doa Untuk Anak Yang Dibaca Setiap Hari, Mujarab!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×