40 Minggu

Jangan Jadi Toksik, Berhenti Mengugut Ibu Kalau Tempoh Berpantang Tak Sama

7
SHARES
TEMPOH BERPANTANG

Seperti mana kita tahu, tempoh berpantang selepas melahirkan anak adalah selama 44 hari. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita memilih untuk berpantang dalam jangka masa yang ditetapkan kerana lebih selesa dengan cara tersendiri.

Malangnya, tindakan itu membuat kaum Hawa yang lain ‘kurang senang’ kerana cara penjagaan selepas melahirkan anak tidak seperti yang mereka lalui dan inginkan.

Baca juga: Elak Gigi Cepat Rosak & Ngilu, Doktor Kongsi Tips Untuk Ibu Hamil Praktikkan

PENTING KE TEMPOH BERPANTANG 44 HARI?

TEMPOH BERPANTANG

Puan puan, sila ambil perhatian dan berhenti mengugut ibu.

1. Penjagaan kesihatan adalah sepanjang hayat, bukan hanya pada tempoh 44 hari sahaja yang menentukan tahap kesihatan seseorang individu selepas mencecah usia tertentu.

2. Wanita berhak untuk membuat keputusan untuk tubuh mereka tanpa perlu diugut dengan kata-kata jelik dan hinaan. Setiap cara individu mungkin berbeza, tetapi kunci utama adalah penjagaan makanan dan kekal aktif dalam aktiviti fizikal.

3. Penjagaan mental sangat penting selepas melahirkan anak. Selepas melahirkan anak anda layak memanjakan diri dengan mengurut, spa dan buat apa aktiviti yang anda gemari. Ugutan kepada ibu perlu dihentikan untuk menjaga kesihatan mental ibu.

4. Berpantang adalah pilihan, tidak salah jika anda mahu memilik untuk berpantang secara tradisional, tetapi tidak bermakna orang lain yang tidak berpantang seperti anda di rendahkan sebagai tidak sayang diri, tidak tahu jaga diri dan bakal menerima kesan buruk.

5. Saling hormati, wanita janganlah terlalu toksik.

Setiap hari kita lihat banyak kes wanita terainaya, kes keganasan wanita, kes wanita di sondol, kes wanita di tindas. Semua ini langsung tiada kaitan sama ada wanita itu berpantang atau tidak.

Semoga bermanfaat dan jalani tempoh berpantang dengan cara tersendiri.

Baca juga: Ibu Nak Rasa ‘Baby Kicking’? Ini 6 Cara Rangsang Janin Dalam Kandungan

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×