Asuh

Takutnya! Ini Ciri-Ciri Parents Narsisistik, Mental Anak Kena ‘Dera’ Rupanya!

11
SHARES

Bergelar ibu bapa bukanlah satu tanggungjawab yang mudah terutamanya dalam mendidik anak. Pelbagai cara pasti dipraktikkan untuk mendisiplinkan mereka sehingga tanpa disedari anda sebenarnya dah jadi parents narsisistik.

Narsisistik adalah gangguan personaliti di mana mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri. Jadi, cuba check ada ciri ciri parents narsisistik seperti di bawah tak? Bahaya

Baca juga: Ibu Ayah Pesan Pada Anak, Jangan Gurau Main Tarik Kerusi, Boleh Buat Lumpuh Seumur Hidup!

CIRI CIRI PARENTS NARSISISTIK, BOLEH ‘DERA’ MENTAL ANAK

CIRI CIRI PARENTS NARSISISTIK

1. Sentiasa menuntut anaknya berkorban, sebab bagi dia, dia dah berkorban banyak untuk anak. Ibu ayah yang narsisistik  akan sentiasa highlight keperluan emosi dirinya. Yang dia tahu, anak kena tunaikan dan hargai perasaan mereka sebagai ibu dan ayah.

Tapi, anak rasa dia memiliki ibu ayah yang menindas sampai perlu berkorban untuk parents. Kesannya, anak tak tahu pertahankan diri dan sentiasa rasa tidak berguna.

2. Sentiasa rasa dirinya dan kehendaknya perlu diraikan lebih dari anak. Awal-awal parents yang narsisistik akan buat ayat konon macam sangat care dengan kehendak anak. Tapi, akan mengungkit berulang-kali sampai anak rasa perlu tunaikan permintaannya.

Kesannya adalah anak sentiasa rasa bersalah bila berada di sekeliling parents, sebab tak tahu keputusannya akan buat parents sedih atau tidak.

3. Di luar rumah, ibu ayah jenis narsisistik ini is very respectable. Orang hormat dia, orang nampak dia parents yang bagus. Tapi, bila di rumah, anak-anak sentiasa dalam keadaan takut dan anxious dengan dia.

Dia bukan takut yang ketakutan takut kena pukul ke apa ke. Tapi, takut emosi mak ayah dia tiba-tiba berubah. Takut nak kongsi pendapat sebab nanti mak ayah dia melenting tiba-tiba.

CIRI CIRI PARENTS NARSISISTIK

Takut nak luah emosi, sebab bila luah emosi, mak ayah dia kata anak ni tak bersyukurlah, tak hargai pengorbananlah. Parents narsisistik ni tak pukul anak tapi mereka ‘dera’ anak secara psikologi.

4. Sentiasa cakap keluarga sendiri terbaik dan tak sama dengan keluarga orang lain. Orang narsisistik biasanya dia nak buktikan yang cara dia, fikiran dialah yang paling terbaik di alam semesta. Dan dialah orang yang paling bagus besarkan anak.

Akibatnya, parents akan push anak untuk buat apa yang mereka nak tanpa mengambil kira kecenderungan minat anak.

5. Parents narsisistik sangat scary. Sebab? Mereka tak sedar apa yang dibuat selama ni ‘mendera’ emosi dan perasaan anak.  Bagi dia, dia dah buat yang terbaik. Tapi, dia tak sedar dia sedang rosakkan kehidupan anak-anaknya.

Jadi, usahalah jadi ibu ayah yang terbaik untuk anak tanpa ‘mendera’ mental dan fizikal mereka.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Ibu Ayah, Luangkan Masa 15 Minit Bermain Dengan Anak Setiap Hari, Ini Sebabnya! Tak Lama Pun

Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×