Asuh

Pentingkan Kehendak Sendiri Berbanding Keperluan Asas Anak? Awas! Jangan Jadi Ibu Bapa Derhaka.

12
SHARES
ibu bapa derhaka

Kisah anak derhaka kepada ibu bapa kini tidak asing kita dengari. Tapi sebenarnya ada juga kisah ibu bapa derhaka kepada anak sehinggakan tidak sedar bahawa perbuatan mereka bercanggah daripada tanggungjawab hakiki sebagai penjaga kanak-kanak itu.

Sebagai manusia, ibu bapa juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun, adalah baiknya jika mereka cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak supaya dapat dicontohi kelak. Oleh itu, ada beberapa tanda ibu bapa derhaka yang penulis ingin kongsikan supaya dapat dijadikan tauladan buat semua.

Baca juga: 7 Perkara Yang Tak Sepatutnya Mak Ayah Larang Anak Buat

TANDA-TANDA IBU BAPA DERHAKA YANG PERLU DIELAKKAN

1. TIDAK MENGAJAR ANAK MENGENALI ALLAH SWT

ibu bapa derhaka

Ibu bapa tidak boleh meletakkan tugas ini kepada tenaga pengajar di sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu berusaha menjadikan rumah sebagai madrasah pertama anak-anak.

Contohnya, mereka boleh memupuk anak melazimi kalimah tauhid seperti ‘Alhamdulillah’ setiap kali menerima nikmat, ‘Subhanallah’ setiap kali melihat ciptaan Allah dan berta’awwudz setiap kali marah.

Selain itu,  ibu bapa juga boleh mengaitkan manusia, haiwan dan alam sebagai ciptaanNya.

2. TIDAK MEMBERI HAK PENDIDIKAN

ibu bapa derhaka

Selain tidak mengetepikan hak anak untuk bermain, ibu bapa juga perlu menyediakan pendidikan yang baik kepada mereka. Bantu sehabis baik mungkin sekiranya anak mengalami kesukaran.

3. MENGABAIKAN KEPERLUAN TUMBESARAN

ibu bapa derhaka

Ibu bapa perlu mengambil tahu keperluan anak dari segi mental dan fizikal serta kemahiran yang mereka perlu kuasai. Ibu bapa perlu membantu menyokong tumbesaran mereka supaya anak tidak keciciran berbanding kanak lain.

4. MENDAHULUKAN KEHENDAK DIRI BERBANDING KEPERLUAN ANAK

ibu bapa derhaka

Sebenarnya, tidak menjadi satu masalah jika ingin membeli set ‘Tupperware’ atau ‘sportrim’ yang baharu. Namun, pastikan keperluan pakaian dan makanan minuman anak didahulukan untuk elak dari menjadi ibu bapa derhaka.

5. MENGELAK MENJAGA ANAK KERANA MERASAKAN MEREKA BEBAN

ibu bapa derhaka

Ibu bapa dibenarkan mempunyai ‘me time’ sekali sekala untuk dapat kembali semangat dan tenaga yang hilang. Namun, pastikan diri sendiri masih sedar akan peranan sebagai ibu dan bapa.

Apa pun kerjaya anda, kerjaya utama adalah menjadi seorang ibu bapa kepada anak di rumah.

6. WUJUD SECARA FIZIKAL TETAPI TIDAK SECARA EMOSI

ibu bapa derhakaAnak-anak bukan sekadar perlu dilihat dengan mata. Akan tetapi, juga perlu dirasai kehadirannya. Mereka bukan sahaja mahu kita mendengar dengan telinga, tetapi juga dengan mata.

Ibu bapa perlu memberi perhatian secukupnya kepada anak sebagaimana mereka fokus kepada gajet, media sosial, ‘games’ dan kerja dalam urusan harian.

7. MEMUKUL, MENGHERDIK, MEMBERI GELARAN BURUK & APA JUA KEKASARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ANAK

ibu bapa derhaka

Cuba tanya diri sendiri, adakah kekerasan yang anda lakukan adalah untuk mendidik atau untuk melepaskan marah kepada anak?

Sesungguhnya, anak yang dibesarkan dengan kekerasan akan melakukan benda sama kepada orang lain menyebabkan mereka berpotensi mempunyai masalah untuk mengawal emosi dan juga mudah sentap.

Ibu bapa perlu memilih alternatif yang lebih mendidik agar anak membesar dengan empati, mempunyai kawalan emosi yang baik serta hubungan yang baik bersama orang lain.

8.MENGEJEK & MEMALUKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN

ibu bapa derhaka

 

Anak anda juga mempunyai maruah diri untuk dijaga dan mereka berhak dihormati. Jangan disebabkan kekok memuji, anda merendah-rendahkan anak. Kadangkala pujian kecil seperi “Bagusnya, anak ibu ini” pun sudah dapat membuatkan mereka rasa disayangi.

9. TIDAK BANDING DENGAN ANAK LAIN

ibu bapa derhaka

Rumah sewajarnya perlu menjadi tempat yang selamat untuk emosi anak. Berikan anak rasa selamat, disayangi dan dihargai supaya mereka tidak mencari perasaan itu di luar rumah.

Usah kekok untuk memeluk, mencium anak, memandang mata dan bergurau senda bersama mereka. Disarankan untuk anda melakukan aktiviti bersama.

Memang tiada ibu bapa yang sempurna tetapi cubalah menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Mula memperbaiki diri anda demi tumbesaran anak yang sihat. Didikan yang bagus pasti akan melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wawa Shauqi

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×