Famili

Gara-Gara Sering Diejek Oleh Rakan, Budak 8 Tahun Stres Sampai Kerap Terkencing Dalam Seluar

41
SHARES
anak kena ejek

Menerusi laman Facebook milik seorang ibu bernama Anne Nanalyy, dia ada kongsikan satu kisah mengenai si anak kena ejek oleh rakan sehingga mengakibatkan masalah kesihatan.

Jelas si ibu, anak perempuannya yang dikenali sebagai Anggerik itu diejek oleh rakannya dengan bahasa negatif dan tidak sewajarnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia 8 tahun.

Baca juga: Selalu Jadi Kesayangan Bos Dan Cepat Naik Gaji, Rupanya Dah Kena ‘Calit’ Minyak Ini!

IBU KECEWA ANAK KENA EJEK GEMUK & BUSUK

ANAK KENA EJEK

“Kena ejek seperti Anggerik anak ba**, si gemuk, pocong dan busuk. Ibu ingatkan dia kerap terkencing dalam seluar kerana ada masalah kencing tak lawas. 

“Akhirnya bawa jumpa doktor dan mendapati perkara ini berlaku disebabkan tekanan perasaan. Anggerik akan sambung buat terapi cara kerja untuk belajar mengawal tekanan,” jelas si ibu.

Perasaan sedih dan kecewa sudah pastinya ada di dalam diri seorang ibu apbila melihat anaknya terpaksa menjalani kehidupan seperti itu di awal usia 8 tahun.

Dia meminta doa orang ramai agar Anggerik kembali pulih, sihat dan ceria seperti biasa. Anne turut memberitahu bahawa keadaan dia dan suami juga tidak bergaul dengan orang sekeliling kerana sedang sibuk ikhtiar untuk mengembalikan senyuman anak perempuannya itu.

“Sumpah sedih. kecewa semua ada. Baru 8 tahun dah membuli, fitnah mengejek macam orang tua. Doakan anak saya kembali pulih sihat ceria seperti biasa. Jangan tanya kenapa suami dan saya dah tak duduk bergaul dengan orang, kami tengah ikhtiar untuk kembalikan anak kami ceria seperti dulu,” katanya.

Perkongsian si ibu ini sudah pastinya mendapat perhatian di media sosial dan rata-rata mendoakan yang terbaik untuk Anggerik agar kembali ceria.

“Ibu ayah sekalian, jika anak dibuli dengan apa cara sekalipun, kecil atau besar, lembut atau kasar, verbal non-verbal, mohon laporkan segera kepada guru kelas. Kami guru-guru tidak akan berkompromi dengan pembuli.

“Laporan segera dapat selamatkan keadaan. Saya sendiri tak anggap ibu ayah renyah jika mengadu anak dibuli. Siasatan akan dibuat terus esoknya. Kami ada badan kaunseling dan disiplin sekolah. Jangan simpan ya,” pesan seorang guru di ruangan komen

Baca juga: Ibu Sangka Si Anak Naik Ruam Akibat Serangga, Rupanya Terkena Jangkitan Ini Sampai Cirit Birit

Sumber: Facebook Anne Nanalyy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×