Menerusi luahan seorang pengguna media sosial, terdapat satu kisah mengenai minyak dagu yang difahamkan digunakan untuk menarik minat bos di pejabat tersebut.
Jelasnya, dia mengetahui mengenai kisah minyak dagu sewaktu menghadiri temu duga kerja di sebuah syarikat. Panel temu duga tersebut menceritakan tentang hal ini kerana tidak mahu berulang kembali.
Baca juga: Ibu Sangka Si Anak Naik Ruam Akibat Serangga, Rupanya Terkena Jangkitan Ini Sampai Cirit Birit
STAF CALIT MINYAK DAGU DEKAT BOSS, PATUTLAH GAJI NAIK
“Masa temu duga, panel tanya saya mengenai minyak dagu dan saya ada pakai tak. Saya terus tercengang sebab dapat soalan macam itu. Saya jawab tak dan tak pernah dengar mengenai minyak dagu.
“Kemudian, panel temu duga itu menceritakan hal sebenarnya di mana staf perempuan sebelum ini ada mencalit minyak dagu ketika bersalaman dengan bos,” ujarnya.
Tambahnya juga, minyak dagu yang dicalit oleh pekerja perempuan sebelum ini telah membuatkan bos mereka menurut sahaja arahan yang diberikan.
Lebih mengejutkan apabila, kesan minyak dagu tersebut juga mengakibatkan bos mereka sering sakit akibat perbuatan jahat wanita berkenaan.
Jelasnya, tindakan tidak masuk akal oleh wanita berkenaan dapat ‘dihidu’ apabila bos sering mendahului dirinya berbanding pekerja lain.
“Salah seorang panel temu duga merupakan pembantu peribadi bos dan dia menceritakan sendiri kepada saya. Biasanya kenaikan gaji setahun tetapi untuk dia bos bagi 6 bulan.
“Paling terkejut bila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahawa dia pernah mencalit dan membaca mantra di kereta bos,” kata wanita itu.
Pada mulanya bos tidak mempercayai dengan tindakan tersebut namun wanita itu akhirnya dipecat kerana melakukan perkara tidak masuk akal.
“Tolong waspada dan berhati-hati ketika bersentuhan dengan seseorang. Calit minyak dagu dekat kereta itu yang paling bahaya sebab boleh terjadinya kemalangan,” nasihat pengguna media sosial.
Sumber: TikTok Detik Seram