Nur

Tatacara Solat Taubat Yang Betul, Langkah Penyucian Diri Untuk Kembali Kepada Allah SWT

9
SHARES
solat taubat nasuha

Sebagai seorang individu beragama Islam, mengutip pahala dan meninggalkan perkara yang berdosa merupakan ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Oleh kerana itulah, kita disarankan untuk melaksanakan solat taubat untuk penyucian diri. Namun, disebabkan ramai yang alpa dengan hal ini, mereka tidak tahu cara solat taubat nasuha yang betul.

Berikut merupakan tatacara menunaikan solat taubat yang betul yang boleh dilakukan dengan mudah. Malah, bagi anda yang bakal menunaikan ibadah Umrah tidak lama lagi, pastikan untuk melakukan solat taubat terlebih dahulu sebagai langkah pengampunan diri.

Baca juga: 8 Doa Mustajab Ibu Untuk Anak, Hembus Ke Ubun-Ubun & Tiada ‘Filter’ Tembus Ke Langit Allah

CARA SOLAT TAUBAT NASUHA, BUAT PENYUCIAN DIRI

solat taubat nasuha

Foto: Alislamu.com

Taubat berasal dari perkataan تاب إلى الله توبا iaitu kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali. Ia juga membawa maksud meninggalkan maksiat.Sesungguhnya taubat itu adalah suatu ibarat terhadap penyesalan yang mewariskan keazaman dan kehendak (untuk meninggalkan dosa)

1.Niat solat taubat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala. Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah.

2.Cara Menunaikan Solat Taubat

Rakaat Pertama:

-Setelah membaca niat, bacalah Doa Iftitah diikuti dengan surah Al Fatihah diikuti dan surah lazim (mana-mana surah). Kemudian, lakukan pergerakan solat seperti biasa; rukuk, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.

Rakaat Kedua:

-Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir dan ulang pergerakan seperti rakaat pertama; rukuk, iktidal, sujud, duduk diantara dua sujud.

-Setelah selesai sujud yang kedua pada rakaat kedua, duduk untuk tahiyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam. Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ  (La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

3. Doa Selepas Solat Taubat

Setelah selesai solat, jangan lupa berdoa dengan khusyuk dan perbanyakkan istighfar untuk memohon keampunan dari Allah SWT atas segala dosa yang pernah dilakukan. Anda boleh ucapkan istighfar berikut berulang kali:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

“Astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih”

Maksudnya: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

Anda juga digalakkan untuk membaca doa ringkas di bawah ini selepas menunaikan solat Taubat:

لي مغفرة من عندك، وارحمني، إنك أنت الغفور الرحيما للهم إني ظلمت نفسي ظلمًا كثيرًا، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، فاغفر

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

solat taubat nasuha

Foto: Freepik

*Sama-sama kita membuat penyucian diri ini dan semoga Allah SWT menerima taubat dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat. Aamin.

Baca juga: Bulan Rejab Dah Tiba! Ini Cara Berdoa Dari Ustaz Don & Amalan Sunat Untuk Gandakan Pahala

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: QuranSpeaks

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×