Nur

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

781.8K
reads
Cara Solat Tahajjud Yang Mudah, Ringkas & Betul. Dengan Doa!

Cara Solat Tahajjud

Mata tidak boleh lelap? Ataupun terbangun dari tidur?

Ada yang sedang baca artikel cara solat tahajjud ini dalam keadaan berwuduk. Sudah bersiap-sedia untuk melakukan solat sunat tahajjud. Mungkin cuma inginkan kepastian tentang cara solat tahajjud yang betul.

Sepertimana yang kami kongsikan sebelum ini tentang cara solat taubat yang ringkas, kami bawakan sekali lagi cara solat tahajjud. Panduan ini adalah ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download sebahagian cara solat tahajjud atau keseluruhan Panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.

cara-solat-sunat-tahajjud-1

cara-solat-sunat-tahajjud-2 cara-solat-sunat-tahajjud-3 cara-solat-sunat-tahajjud-4

 

Berikut ialah teks gambar di atas:

Sembahyang Sunat Tahajjud

Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Kelebihan & Fadilat Sembahyang Tahajjud

  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.

 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud

solat-sunat-tahajjud-lafaz-niat

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

 

Bacaan Solat Sunat Tahajjud

solat-tahajjud-al-kafirun

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun

solat-tahajjud-al-ikhlas

Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas

Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

solat-tahajjud-bacaan-doa

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Semoga entri tentang cara solat tahajjud ini bermanfaat. Doakan yang baik-baik untuk kami juga!

Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Yang Popular

To Top