Famili

Mudahnya Nak Bangun Tengah Malam Untuk Solat Tahajud & Rebut Pahala Dengan 11 Tips Ini

15
SHARES
kelebihan solat tahajud

Selain dari mengerjakan solat wajib selama lima waktu sehari, terdapat juga banyak amalan lain yang boleh diamalkan untuk mengutip pahala. Salah satunya, sudah pasti semua umat Islam mengetahui bahawa banyak kelebihan solat tahajud jika diamalkan selalu.

Namun, sangat sukar untuk kita mengerjakan solat tahajud ini kerana perlu bangun pada satu pertiga malam bagi beribadah kepada Allah SWT. Menurut ilmuan Islam, apa sahaja doa yang dipinta ketika solat tahajud ini akan lebih cepat makbul jadi inilah masanya untuk kita bangun dan tunaikan!

Baca juga: Zikir Untuk Ibu Yang Kepenatan Bekerja Dan Urus Anak, Amal Ini Supaya Lebih Bertenaga!

BANYAK KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD, INI TIPS SUPAYA MUDAH NAK BANGUN

kelebihan solat tahajud

1.Minta Allah tolong kejutkan. Sebelum tidur, solat taubat tambah witir lalu pada-Nya, “Ya Allah, tolong kejutkan hamba-Mu ini yang penuh dosa untuk bangun Tahajjud.”

2. Minum air sebanyaknya.

3. Tidur sebelum pukul 11.00 malam. Kalau betul mahu urusan kita Allah selesaikan. Hajat kita Allah makbulkan. Belajarlah untuk tidur awal.

4. Minta pasangan atau orang terdekat kita tolong kejutkan, selain pasang alarm. Ajak anak-anak keluarga kita bangun Tahajjud sekali. SubhanaAllah. Allah sayang pada sekeluarga yang bangun Tahajjud.

5. Selepas solat maghrib, ceritakan kisah-kisah para Sahabat. Baca kitab Fadhilat Amal pada keluarga. Hidupkan amalan Nabi SAW di rumah. Hidupkan syurga di rumah.

6.Jaga pandangan mata, banyakkan bacaan Quran. Hafaz Surah Al-Muzammil, surah yang khas mengenai bangun malam.

7. Uruskan masa. Jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah bagi pada siapa siapa yang jaga Tahajjud. Rujuk Al Isra ayat 79. Hebatnya orang jaga amalan wajib dan amalan sunat. Jangan pandang remeh walaupun sekadar sunat.

8. Banyakkan istighfar. Ini kerana Tahajjud ini adalah kurniaan Allah pada orang yang terpilih. Bukan semua orang dapat bangun. Kerana malamnya ya Allah. Betapa Allah dekat masa itu dengan orang yang bangun Tahajjud.

9. Minta emak ayah tolong doakan supaya kita menjadi mudah bangun Tahajjud. Allah. Hebatnya sudahlah soleh dengan emak ayah, bangun Tahajjud pula tu. Allah ..

10. Buat geng/group Tahajjud. Sekumpulan kawan Whatsapp/Telegram/Facebook apa saja. Buat jadual saling kejut mengejutkan.

11. Mulakan tahajjud secara sikit sikit dulu. Jangan terlalu drastik. 2 rakaat dulu, seminggu sekali dulu. Buat 15 minit dulu sebelum masuk Subuh. Jadikan ia kebiasaan dahulu kerana lepas dah seronok, baru upgrade.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah SWT sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”- HR Abu Daud

kelebihan solat tahajud

Baca juga: 15 Himpunan Doa Harian Ringkas Untuk Anak Kecil Amalkan, Senang Je Nak Hafal

Sumber: Sheila MD Ilias

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×