Nur

Kelebihan Tidur Qailulah, Satu Minit Tidur Sebelum Zohor Seperti 45 Minit Tidur Malam

13
SHARES
qailulah

Mengantuknya mata apabila masuk waktu tengah hari ketika sambil-sambil bekerja bukan? Orang cakap, inilah masa yang paling sesuai untuk berehat sebentar dengan mengamalkan tidur qailulah. Apa itu tidur qailulah?

Berikut merupakan penjelasan tentang apa itu tidur qailulah yang boleh diamalkan untuk menyihatkan badan. Para majikan pun kena ambil tahu tentang tidur yang disebut dalam Al-Quran ini supaya tidak berlaku pertelingkahan tentang pekerja tidur sebentar ketika waktu rehat.

Baca juga: “Mudahnya Perjalanan Hidup Dia..”- 7 Petua Hidup WAJIB Amal, Memang Nampak Beza!

TIDUR QAILULAH PERBAIKI KUALITI TIDUR MACAM MALAM!

qailulah

Qailulah merupakan perkata Bahasa Arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu Manzur,  qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur.

Maksud qailulah boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

مالي ولِلدُّنيا إنَّما مَثَلي ومَثَلُ الدُّنيا كمثل راكبٍ قالَ في ظلِّ شجرةٍ ثم راحَ وتركها

Maksudnya :” Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.”- Riwayat al-Tirmizi (2377), Ibnu Majah (4109)

Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :

قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ

Maksudnya :” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”- Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat

Oleh itu, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, lebih cenderung kepada pandangan bahawa qailulah adalah berehat atau tidur sebentar sebelum gelincir matahari iaitu sebelum masuknya waktu zohor. Antara kelebihan lain mengamalkan qailulah adalah:

1.Satu minit Qailulah bersamaan 45 minit waktu tidur malam

Qailulah (القيلولة) bermaksud tidur sebentar pada pertengahan siang hari selama 10 hingga 30 minit sebelum masuknya waktu solat Zohor. 1 minit Qailullah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur pada waktu malam.

2.Memudahkan urusan bangun malam

Qailulah pada waktu tengah hari memudahkan anda untuk bangun malam dan berqiamulail. Tidur sebentar ini bukan sahaja dapat memperbetulkan kualiti tidur malah membekalkan kesegaran kepada tuan badan.

3.Lebih cergas selepas bangun tidur

Menurut pengamal Qailullah, selepas bangun dari Qailullah, mungkin akan terasa pening sedikit selama 5 hingga 20 minit. Namun selepas itu, berlaku perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

qailulah

*Walau bagaimanapun ada waktu-waktu yang dilarang untuk tidur iaitu Hailulah dan Ailulah. Hailulah adalah tidur sehabis solah Subuh. Tidur selepas Subuh dilarang kerana ia boleh menyekat rezeki yang Allah turunkan pada pagi hari.

Ailulah pula tidur selepas melaksanakan solat Asar. Waktu ini dilarang kerana ia ‘menghadirkan’ pelbagai jenis penyakit seperti gila, sesak nafas, gelisah dan murung.

Dinasihatkan agar mereka yang bekerja, gunakanlah masa rehat yang diperuntukkan untuk melakukan qailulah agar lebih bersemangat untuk menyambung tugas. Tetapi jangan berlebihan dan terlajak sampai pukul 5 petang pula..

Baca juga: Banyak Kelebihan Puasa Isnin & Khamis, Dapat ‘Ganjaran’ Berganda Saat Pahala Dihitung

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Kashoorga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×