Nur

“Mudahnya Perjalanan Hidup Dia..”- 7 Petua Hidup WAJIB Amal, Memang Nampak Beza!

10
SHARES
doa kesejahteraan hidup

Kadang-kadang apabila melihat orang di sekeliling kita, ada waktunya kita tertanya-tanya, apakah amalan yang dilakukan oleh orang tersebut sehingga terlampau mudah perjalanan hidupnya. Sudah pasti, ada petua doa kesejahteraan hidup yang diamalkan supaya sentiasa tenang dan diberkati.

Apa kata jom kita amalkan bersama-sama?

Baca juga: Nampak Mudah Tapi Sebenarnya ‘Mahal’ Untuk Dapatkan Hati Yang Tenang, Wanita Kena Cuba..

PETUA DAN AMALAN DOA KESEJAHTERAAN HIDUP YANG KENA BUAT

doa kesejahteraan hidup

Berikut merupakan perkongsian dari Puan Aminah Mat Yusoff tentang 7 petua kesejahteraan hidup yang mesti diamalkan. Anda akan nampak perbezaan yang ketara!

1. Setiap kali memasak, baca doa: “Laisa laha mindunillahi kasyifah”- Tiada baginya selain Allah yang Maha Melindungi. Moga tiada racun yang boleh merosakkan kita dan keluarga, serta Allah jadikan makanan itu penawar kepada segala penyakit hati.

2. Semasa memulakan perjalanan ke tempat kerja, tempat belajar atau sebagainya, biasakan diri kita dan keluarga sedekahkan al-Fatihah kepada ibu ayah serta saudara yang telah meninggal. Setiap satu nama, satu al-Fatihah dibaca. Andai itu perjalanan kita yang terakhir, moga-moga kematian kita tidak sia-sia.

3. Setiap kali melihat anak-anak sedang makan, sebut… “Ya Allah berkati rezeki yang anakku makan”. Setiap suapan yang masuk ke dalam perut anak, moga Allah redha dan tumbuhkannya menjadi darah daging yang berkat.

4. Setiap kali selesai melakukan kerja atau tugasan, bacalah..Bismillahi tawakkal tu ‘ala llah la hauwla Wala Quwwata illa billah.
Moga Allah melengkapkan apa yang kurang dan menjadikan hati kita kuat berpaut kepada Allah Rabbul Jaliil.

5. Ketika ibu ayah kita meninggal, elakkan bergaduh tentang harta kerana roh mereka tidak akan tenang dan akan merasa terseksa. Mereka akan merintih kesedihan.

6. Bila bergaduh mulut dengan pasangan..”Lafazkan Illa Qiilan salaman salama”. Moga Allah waraskan fikiran kita dan tidak lemas dengan ujian hidup ini.

7. Bila berhadapan dengan seorang yang keras dan suka menentang, bacalah…Ya latiif, Ya latiif, Ya Allah yang Maha Lemah Lembut… Lembutkan hati dia ( Sebut nama)

doa kesejahteraan hidup

*Satu perkara yang kita kena pegang…Jika urusan hidup ini kita serah secara total kepada Allah dan fokuskan kepada bahagia akhirat, pasti segalanya lancar.

Baca juga: Patutlah Suami Suka Bau Ketiak Isteri, Rupanya Boleh Datangkan Mood ‘Ketenangan’…

Sumber: Aminah Mat Yusoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×