Suami Isteri

Patutlah Suami Suka Bau Ketiak Isteri, Rupanya Boleh Datangkan Mood ‘Ketenangan’…

115
SHARES
bau ketiak

“Suami aku ni dah kenapa? Macam tak ada benda lain nak bau, suka sangat bau ketiak aku kenapa eh?”

Buat para isteri, mesti anda perasan dan tertanya-tanya mengenai perangai suami yang sangat ‘menggilai’ bau ketiak anda bukan? Kalau nak dikatakan sangat wangi pun tidak kerana waktu yang suami suka hidu bau badan adalah ketika anda masih belum mandi atau selepas berpeluh.

Rupa-rupanya ada kajian yang dilakukan mengenai situasi ini dan Dr.Samhan ada penjelasan menerusi laman Twitternya.

Baca juga: Hukum Bersama Suami Selepas Haid Tapi Tak Mandi Wajib Lagi, Eh Boleh Ke?

KENAPA SUAMI SUKA BAU KETIAK ISTERI?

bau ketiak

Lebih tepatnya, kenapa lelaki suka bau badan perempuan? Adakah ia normal? Sebenarnya, hal ini bukan berlaku kepada lelaki terhadap wanita sahaja malah sama jika keadaan diterbalikkan. Dalam bahasa mudah, lelaki tertarik dengan bau wanita dan wanita tertarik dengan bau lelaki.

Dari segi saintifik, ia dikenali dengan istilah feromon (pheromone) iaitu isyarat kimia yang dihasilkan dan dirembeskan oleh tubuh badan masing-masing bagi menarik lantas memikat individu berbeza jantina.

Turut terhasil di dalam kelenjar peluh, ‘bau’ yang mungkin menggoda jantina lawan ini akan dapat terkesan oleh organ vomeronasal di sekitar lubang nasal, sekali gus mampu memberi isyarat daya tarikan seksual.

Dalam pada itu, soalan kenapa lelaki suka bau badan perempuan lebih-lebih lagi pada bau ketiak mungkin harus dijawab dengan faktor keterbiasaan di mana mereka sudah cam, kenal dan selesa dengan bau pasangan.

Tidak hanya itu, pengkaji juga mendapati bahawa bau ketiak individu itu mampu menenangkan pasangan. Maka, tidak hairan jika suami itu sangat gemar bau ketiak isteri terutama di saat mereka sedang tertekan.

Konklusinya, bau badan suami dan isteri mungkin akan dapat membantu untuk menggoda pasangan masing-masing walaupun bukan kerana feromon itu punca kenapa lelaki suka bau badan perempuan.

KALAU RISAU KETIAK TENGIK, GUNA CARA INI…

bau ketiak

1.Cuka epal : Tuangkan cuka ke dalam mangkuk. Celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan ke bahagian ketiak anda. Atau cara lain, anda boleh bilas ketiak anda dengan cuka ketika mandi.

2.Soda bikarbonat : Anda boleh mencampurkan 1 sudu jus lemon bersama 1 sudu bicarbonate soda atau serbuk penaik.

Sapukan campurkan pes ini pada ketiak anda dan biarkan ia seketika sebelum membilasnya dengan air. Jika anda tidak mempunyai jus lemon, anda boleh menggantikannya dengan tepung jagung bersama air.

3.Sengkuang: Kisar halus sengkuang sehingga menjadi jus dan disapukan pada ketiak. Bahan ini dikatakan dapat menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.

4.Lemon: Anda hanya perlu menghiris lemon dan menggosoknya secara perlahan-lahan pada ketiak.

*Tapi, kalau suami selalu menepek dan bau badan kita tu, biarkan sahaja ya daripada suami pergi bau wanita lain..lagi bahaya!

Baca juga: Sanggup Dilabel ‘Takut Bini’, Sebenarnya Suami Hanya Tunjuk Tanda Hormat Kepada Isteri..

Sumber: Twitter Dr. Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×