Suami Isteri

‘Chatting’ Punca Penceraian, Mula-Mula Hal Kerja, Lama-Lama Makin Mesra Sampai Leka!

44
SHARES
punca penceraian

Menurut perkongsian dari Peguam Shazril yang merupakan seorang peguam syarie, mengatakan bahawa punca penceraian dalam kalangan pasangan suami isteri bermula dari cara komunikasi yang salah. Komunikasi yang salah ini adalah ‘chatting’ antara rakan-rakan sekolah, rakan universiti sehingga ke rakan pejabat yang berlainan jantina.

Ramai dalam kalangan warganet yang mengatakan bahawa benda haram memang menyeronokkan. Apa yang akan berlaku adalah, mula- mula bincang hal kerja sehingga lama-kelamaan makin mesra.

Kemudian, mula memanggil dengan panggilan manja macam suami isteri dan bincang hal peribadi. Inilah yang menjadikan anda leka lalu terlupa bahawa diri sudah mempunyai isteri atau suami!

Baca juga: Hukum Lafaz Talak Melalui Whatsapp, Jadilah ‘Gentleman’ Untuk Lafaz Secara Berdepan!

PUNCA PENCERAIAN BERMULA DARI ‘CHATTING’

punca penceraian

Jadi, menurut Peguam Shazril, terdapat beberapa ‘undang-undang’ yang anda perlu aplikasikan setiap kali berkomunikasi dengan orang luar berlainan jantina melalui media sosial. Awas! Jangan ada hal-hal melibatkan penyondol pula ya!

1.Elak chatting berlainan jenis jantina, kecuali atas dasar urusan kerja.

2.Chatting setakat keperluan kerja sahaja. Kalau boleh tidak sampai waktu malam.

3.Jangan masukkan ikon memek muka (emoji).

4.Cepat-cepat habiskan chatting supaya tidak berlanjutan.

5.Profesional semasa chatting.

6.Elak ayat manja dan merengek.

7.Elak chatting luar waktu kerja.

8.Elak chatting hal peribadi.

9.Elak chatting puji-memuji.

Sebelum ini, Ustazah Asma’ Harun mengatakan bahawa salah satu punca ramai pasangan bercerai bukan hanya kerana masalah komunikasi tetapi kerana TIDAK SOLAT.

*Jadi, sama-samalah kita memperbaiki masalah hubungan antara suami isteri dan mengelakkan penceraian. Jangan asyik nak cari orang baharu saja!

Baca juga: 90 Peratus Rumah Tangga Berakhir Dengan Pergaduhan & Penceraian Kerana Tidak Solat

Sumber: Tiktok @lawyershazril

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×