Nur

90 Peratus Rumah Tangga Berakhir Dengan Pergaduhan & Penceraian Kerana Tidak Solat

44
SHARES
kenapa pasangan bercerai

Isu penceraian merupakan perkara yang paling digeruni oleh ramai pasangan yang sudah berkahwin. Tambah pula dengan berita-berita panas yang membabitkan selebriti menyebabkan ramai yang tertanya kenapa pasangan bercerai?

Menjadi perbualan di laman media sosial apabila salah satu punca ramai pasangan bercerai bukan hanya kerana masalah komunikasi tetapi kerana TIDAK SOLAT! Sudah pasti solat itu menjadi tiang kepada agama Islam, perkongsian dari Ustazah Asma Harun ini diharapkan dapat membuka mata banyak pasangan Muslim supaya lebih menjaga hubungan dengan Allah SWT.

Baca juga: Alamak! Baru Nak Solat, Tapi Baju Ada Kesan Air Mani Pagi Tadi, Ini Yang Anda Kena Buat!

KENAPA PASANGAN BERCERAI? 90 PERATUS ADALAH KERANA TIDAK SOLAT

kenapa pasangan bercerai

Hubungan intim bukan merupakan masalah atau punca utama kepada perpecahan dan perceraian rumah tangga di negara ini. Mantan Perunding Cara Keluarga yang juga pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkata, 90 peratus rumah tangga yang berakhir dengan perceraian atau menghadapi pergaduhan berpanjangan adalah disebabkan mereka mengabaikan solat.

Menurutnya, meskipun pasangan mengadukan isu lain seperti orang ketiga, kewangan, hubungan intim dan lain-lain, namun begitu tidak mendirikan solat adalah punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

“Semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, fokus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh saya bertugas.

“Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan,” katanya.

Untuk memudahkan pemahaman orang ramai, Ustzah Asma juga memberi contoh mudah seperti jika seorang suami yang tidak solat pasti cenderung mengabaikan tanggungjawab asas sebagai suami dan mempunyai sikap yang tidak menyenangkan. Kalau dah solat pun culas, bagaimana dengan tanggungjawab lain bukan?

Bukan itu sahaja, paling utama dalam institusi rumah tangga tersebut adalah hilang keberkatan dalam hubungan dan terhalang rahmat ALLAH, maka hubungan intim yang sepatutnya sebagai ibadah yang indah boleh bertukar menjadi musibah.

“Begitu juga dengan seorang isteri yang tidak solat, jika kewajipan paling utama sebagai Muslim diabaikan dan tidak rasa berdosa, maka apa sangat nak rasa berdosa bila menolak ajakan suami tanpa sebab kukuh, walaupun amaran yang sangat berat,” katanya.

7 SARANAN MEMBANTU PASANGAN YANG MENGALAMI MASALAH INTIM

kenapa pasangan bercerai

1.Tidak mencampurkan antara lelaki dan wanita di dalam kumpulan media sosial atau bersemuka.

2.Pasangan disarankan menggunakan ayat yang tidak menyebabkan kecenderungan untuk membayang dengan jelas hingga boleh naikkan syahwat.

3.Suami isteri tidak boleh mendedahkan aib pasangan masing-masing walaupun sudah tidak sebumbung.

4. Tidak menyarankan sesuatu perbuatan yang melanggar syariat Islam atau melampaui batasam norma apabila pasangan disuruh melakukan sesuatu di luar kesanggupan.

5.Kalau menggunakan konsultansi, pastikan diurus dengan penuh tatatertib kerahsiaan tinggi dan tatacara yang bermaruah.

6.Tak perlu cerita dengan teliti tentang hubungan intim antara pasangan kepada orang lain.

7.Gunakan khidmat kaunselor.

*Beliau berkata, meskipun mendapatkan khidmat perantara seperti perunding, penasihat, kaunselor atau pegawai agama, namun yang paling utama adalah memelihara hubungan dengan ALLAH.

Sumber: Twitter @Amrlamnnn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×