Nur

Peguam Syarie Kongsi Ilmu & Prosedur Tuntutan Nusyuz (Derhaka) Orang Ramai Kena Cakna

10
SHARES
penceraian

Isu penceraian terutamanya dalam kalangan selebriti, kini sedang hangat dimainkan di media massa tempatan. Pelbagai tuntutan yang difailkan baik dari pihak suami mahupun pihak isteri. Ini termasuklah tuntutan nusyuz.

Maka, eloklah sekiranya orang ramai mengetahui mengenai ilmu tuntutan nusyuz yang merujuk kepada keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak. Bahasa mudahnya, menderhaka. Mari ikuti perkongsian dan penjelasan dari Peguam Syarie Mahmud Jumaat di bawah ini.

Baca juga: Remuk Hati Isteri Bila Suami Cepat Naik Tangan, Suami ‘Baran’ Amalkan Selawat Ini Jika Rasa Nak Marah!

PENCERAIAN: TUNTUTAN NUSYUZ

penceraian

TUNTUTAN NUSYUZ (DERHAKA): APA YANG ANDA WAJIB TAHU!

KEBANYAKKAN TUNTUTAN NUSYUZ MEREKA DITOLAK KERANA GAGAL UNTUK IKUT LANGKAH-LANGKAH INI.

Saya tertarik selepas terbaca tentang kes Tan Sri Musa Hassan dan Shamsul Yusof dalam tuntutan nusyuz yang ingin diambil mereka ke atas isteri, selepas isteri mereka mula memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

Ingin saya memberi sendikit perkongsian tentang tuntutan nusyuz. Saya lihat sudah menjadi trend apabila isteri mula menuntut cerai, suami terus memfailkan tuntutan nusyuz.

Sebagai Peguam Syarie,

  1. Bagi pihak suami, kita wajib menasihati anak guam tentang prosedur dalam membuat tuntutan nafkah agar tuntutan anakguam kita berjaya di mahkamah.
  2. Bagi pihak isteri, kita boleh meniliti tindakan pihak suami samada telah memenuhi prosedur yang ditetapkan agar tuntutan nafkah mereka ditolak.

Orang awam perlu tahu, kesan dan akibat daripada tuntutan nusyuz sekiranya dibuktikan di mahkamah amatlah serius. Hal ini kerana, ianya boleh menyebabkan tuntutan nafkah dan nafkah iddah oleh isteri terhadap suami boleh ditolak.

  • Dan apabila didapati seorang tidak taat pada suaminya adalah ia menjadi nusyuz dan tidak wajib suami memberi nafkah selama dalam nusyuz. (kitab Mu’in al-Mubin Juz 4, ms 83).
  • Dan apabila seseorang nusyuz gugur ia daripada menerima nafkah, pakaian dan giliran. (kitab Kifayah al-Akhyar, Juz 2, ms 48)

Kerana itulah mahkamah syariah sangat teliti dan tegas dalam membuat penghakiman apabila melibatkan isu tuntutan nusyuz.

PENCERAIAN: KAEDAH TUNTUTAN NUSYUZ

penceraian

Gambar: Reuters

Terdapat dua kaedah di mana tuntutan nusyuz boleh dibuat iaitu

  • Melalui tindakan saman ataupun,
  • Melalui pembelaan dan tuntutan balas.

Kebanyakkan kes berlaku adalah hanya selepas pihak isteri memfailkan permohonan cerai di Mahkamah. Pihak suami akan terus memfailkan tuntutan nusyuz, tanpa mengetahui tindakan yang perlu diambil sebelum menerima saman daripada pihak isteri.

PANDUAN PROSEDUR MENGAMBIL TINDAKAN NUSYUZ

Secara ringkasnya, sekiranya isu nusyuz ingin ditimbulkan dalam pembelaan dan tuntutan balas, tindakan yang perlu diambil untuk mengesahkan isteri telah nusyuz berpandukan ialah:

  1. Aduan di pejabat agama Islam daerah;
  2. Proses khidmat nasihat/rundingcara;
  3. Pihak suami menghantar surat/dokumen kepada isteri supaya kembali semua dan taat (surat AR register);
  4. Terima saman;
  5. Failkan pembelaan dan tuntutan balas (s 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003);
  6. Perbicaraan;
  7. Keputusan mahkamah.

(Yang Arif Tuan Hakim Zainor Rashid bin Hassin:’Isteri Nusyuz, Suami Nusyuz: Prosedur, Perlaksanaan dan Isu-Isu di Mahkamah Syariah’)

CONTOH KES NUSYUZ YANG DITOLAK & PUNCANYA

Merujuk kepada kes Nor Wasitah bt Hj Panot v Mohd Azri Bin Bunawi [2008] 3 3 SHLR 148 yang mana hanya selepas pihak isteri memfailkan permohonan fasakh, pihak suami memfailkan tuntutan nusyuz.

Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan nusyuz suami atas alasan-alasan dibawah:

  • Adalah jelas bahawa sebelum apa tindakan untuk mengisytiharkan isteri sebagai nusyuz, suami perlulah melalui ketiga-tiga peringkat yang telah dijelaskan oleh prosedur di atas.
  • Dengan kata lain, suami haruslah berusaha memberi bimbingan dan nasihat supaya isteri mereka tidak melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjerumuskan mereka sebagai isteri yang nusyuz.
  • Dalam kes ini, tidak dijelaskan oleh defendan apakah tindakan-tindakan yang defendan lakukan dalam usaha menasihati plaintif supaya kembali kepadanya, sama ada melalui kaunseling ataupun kaedah yang disebutkan di atas.
  • Pensabitan nusyuz hanya boleh dibuat oleh mahkamah sahaja dan apabila mahkamah berpuas hati bahawa wujud tanda-tanda bahawa seseorang isteri telah nusyuz.

Ini bermakna perisytiharan tersebut banyak bergantung kepada bukti-bukti yang kukuh yang mana, menjadi tanggungjawab ke atas suami membuktikannya jika suami itu mendakwa isteri nusyuz.

KESIMPULANNYA

penceraian

Bagi kes Tan Sri Musa Hassan dan Shamsul Yusof, saya tidak ingin menyentuh tentang kes tersebut memandangkan ianya masih dalam perbicaraan dan saya tiada sebarang maklumat terperinci tentang fakta kes mereka.

Perkongsian ini hanya ilmu secara umum kepada pihak yang diluar sana supaya mengetahui tentang hak dan prosedur dalam tuntutan nusyuz terhadap isteri.

Nasihat saya, sebaiknya adalah wajar untuk pihak suami memfailkan tuntutan kembali taat supaya isteri untuk kembali semula kepada suami tanpa mengisytiharkan isteri sebagai derhaka (nusyuz). Kebiasannya pemfailan nusyuz itu lebih memudaratkan lagi perkahwinan sehingga boleh menyebabkan penceraian.

Sumber: Mahmud Jumaat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×