Euforia Bola 2026
Nur

Halal Tak Semestinya Boleh ‘Bersweet’ Di Mana-Mana, UAI Kongsi Hukum Suami Isteri Bermesraan Di Tempat Awam

pasangan suami isteri

Hubungan bagi pasangan suami isteri sememangnya dihalalkan dalam Islam selepas akad nikah, namun tidak bermakna semua bentuk kemesraan boleh dilakukan secara terbuka di khalayak ramai tanpa batasan.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), terdapat perbuatan antara pasangan suami isteri yang masih boleh menjadi haram jika dilakukan secara berlebihan terutama di hadapan orang ramai.

Baca juga: Teruja Bakal Timang Cucu Sulung, Uncle Kongsi Rezeki Belanja Budak Di Kedai Buat Ramai Cakap “Sweetnya!”

HUKUM PASANGAN SUAMI ISTERI BERMESRAAN DI KHALAYAK RAMAI

pasangan suami isteri

Foto: Gemini AI

Menerusi satu video di YouTube, UAI menjelaskan bahawa pasangan yang sudah berkahwin tidak seharusnya menzahirkan kemesraan seperti bercumbu, berpelukan atau menunjukkan aksi manja yang melampaui batas di tempat awam.

Jelas UAI, walaupun pernikahan menjadikan hubungan antara suami isteri halal, setiap perbuatan masih mempunyai batas yang perlu dijaga.

Bila dihalalkan pernikahan dengan isteri kita, bukan semuanya halal. Adakalanya jadi haram. Kalau kita berghairah di khalayak ramai, haram tetapi kalau sembunyi, halal,” katanya.

UAI turut memberi contoh bahawa perbuatan seperti bercumbu, berpelukan, makan suap menyuap secara keterlaluan atau tidur di atas riba pasangan di tempat awam tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pandangan kurang senang daripada orang sekeliling.

Pegang Tangan & Cium Dahi Isteri Dibolehkan

pasangan suami isteri

Foto: Gemini AI

Dalam masa sama, UAI menjelaskan terdapat beberapa bentuk kemesraan yang masih dibenarkan antara pasangan suami isteri apabila dilakukan dalam keadaan yang sesuai.

Menurutnya, perbuatan seperti berpegangan tangan atau mencium pipi dan dahi isteri ketika bertemu selepas berjauhan atau ketika bermusafir adalah perkara yang dibolehkan.

Kalau berpegangan tangan, hukumnya masih dibolehkan. Mencium pipi atau dahi isteri ketika musafir atau pulang, hukumnya harus,” katanya.

Jaga Maruah Walaupun Hubungan Sudah Halal

UAI menegaskan bahawa pasangan Islam perlu memahami perbezaan antara perkara yang halal dan perkara yang perlu dielakkan agar maruah diri terus terpelihara.

Katanya, tindakan bermesra secara melampau di khalayak ramai boleh menjatuhkan maruah seseorang kerana tidak semua perkara dalam hubungan suami isteri sesuai dipamerkan kepada umum.

Jangan fikir bila kahwin, kita jadi macam mat saleh. Bercumbu, peluk, galak depan khalayak ramai. Tetap haram kerana perbuatan itu menggugurkan maruah,” jelasnya.

UAI turut mengingatkan bahawa umat Islam perlu menjadikan panduan agama sebagai rujukan dalam kehidupan berumah tangga, bukan hanya mengikut budaya atau kebiasaan masyarakat lain.

Menurutnya, perkahwinan memberikan banyak perkara yang halal kepada pasangan, namun batas adab dan maruah tetap perlu dijaga dalam setiap keadaan.

Baca juga: Berita Baik! Pelajar 10A SPM Layak Masuk Program Matrikulasi Secara Automatik Tanpa Kira Kaum – PMX

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×