Suami Isteri

Bukan Kena Jaga Makan Minum Suami Je, Isteri KENA Buat 10 Hal Ini. Baru Lebih Bahagia!

22
SHARES
TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

Apabila bergelar pasangan suami isteri, pasti pelbagai tips rumah tangga bahagia akan diterapkan agar perkahwinan yang dibina kekal hingga syurga.

Walau bagaimanapun, seorang isteri sering lupa bahawa bukan hanya makan minum suami perlu dijaga tetapi 10 perkara seperti perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini kena ambil berat.

Baca juga: Ustazah Asma’ Harun Kongsi Himpunan Doa Untuk Bina Syurga Dalam Rumah Tangga

TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA, ISTERI KENA BUAT 10 HAL INI

TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

Seorang wanita perlu jaga 10 hal ini dalam rumah tangga:

1. Jaga rahsia suami

Ada isteri tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini menanam dosa dalam diri.

2. Jaga sifat malu dalam diri

Tebalnya sifat ini dalam diri mengangkatkan lagi martabat dan maruah bagi kaum hawa.

3. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat

Biarkan suami rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan khabar yang gembira dahulu dan kurangkan cerita-cerita yang tidak enak untuknya.

4. Jaga diri dengan kerapkan membaca Al-Quran dan maksudnya

Isteri selalunya kuat ‘overthinking’ dan bila dah rasa begitu, mulalah ada yang ‘membisik’ dan menambah api kemarahan.

5. Jaga diri dengan perbanyakkan solat taubat sebelum terlambat

Mohon maaf dengan suami setiap masa kerana biasanya suami meninggalkan dunia terlebih dahulu berbanding isteri.

6. Fahami kesan marah

Seri muka hilang, mudah sakit jantung, darah tinggi, selesema, mudah dijangkiti virus, tulang rapuh dan hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.

7. Cemburu sifat orang yang beriman & tanda kasih sayang

Namun jika ia berlebihan akan membuat suami stress dan tertekan. Jika timbul rasa cemburu, perbanyakkan berdoa dan berserah pada Allah untuk Dia menjaga rumahtangga kita agar terus harmoni.

8. Jaga rumah tangga

Jangan benarkan kemungkaran berlaku. Pesan pada diri dan suami supaya hindari hal-hal kemungkaran.

9. Seimbangkan hidup

Banyakkan aktiviti membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah selalu dan buat semua perkara sehabis baik.

10. Amalan harian terbaik seorang isteri adalah solat taubat

Selain solat taubat, dinasihatkan juga agar istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga serta semua jiran tetangga ya.

Moga petua ini dapat meramaikan lagi isteri solehah dan berbakti sehabis baik pada rumahtangga bahagia.

Isteri solehah adalah bidadari syurga. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Siapa Tak Sedih Kalau Bercerai, Ini 8 Doa Selamatkan Rumah Tangga Dari Retak!

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×