Nur

Ustazah Asma’ Harun Kongsi Himpunan Doa Untuk Bina Syurga Dalam Rumah Tangga

12
SHARES
doa rumah tangga

Setiap orang pasti mengimpikan perkahwinan yang dibina bersama pasangan sentiasa bahagia dan dilimpahi ketenangan. Menerusi perkongsian di laman Facebook Ustazah Asma’ Harun, terdapat beberapa doa rumah tangga boleh diamalkan agar diredai oleh Allah SWT.

Diharapkan dengan himpunan doa di bawah mampu mewujudkan suasana keluarga yang harmoni. Jom baca!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tunai ‘Haji VIP’, Pastikan Tidak Ditipu & Pilih Pakej Dengan Betul

HIMPUNAN DOA RUMAH TANGGA AGAR DIREDAI ALLAH SWT

DOA RUMAH TANGGA

1. Doa dikurniakan pasangan & anak yang menyejukkan mata

رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa” (Surah al-Furqan 25:74)

2. Doa zuriat yang soleh

رَبِّ هَبۡ لِي مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak dari kalangan orang-orang yang soleh.” (Surah al-Saffat 37:100)

3. Doa dijauhi perasaan dengki 

رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِي قُلُوبِنَا غِلّٗا لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٞ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau menjadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.” (Surah al-Hashr 59:10)

4. Doa diberikan kesabaran menghadapi ujian

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرٗا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).” (Surah al-A’raf 7:126)

5. Doa dikurniakan zuriat 

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai keturunan yang mewarisi) dan Engkau jualah sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah al-Anbiya’ 21: 89)

6. Doa agar seluruh keturunan sentiasa solat 

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-cucuku orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim 14: 40)

DOA RUMAH TANGGA

7. Doa agar hati selalu bersyukur

رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” (Surah An-Naml 27: 19)

8. Doa agar mendapat petunjuk Allah SWT

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi 18: 10)

9. Doa agar sentiasa rasa cukup 

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.” (HR Tirmizi, hasan sahih)

10. Doa memohon pengampunan dosa ahli keluarga

رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” (Surah Al-A’raf 7: 23)

Semoga bermanfaat dan jangan lupa amalkan ya.

Kredit: Adobe Stock

Baca juga: Suami Kerap Kerja Outstation, Bila Rindu Tengok Gambar Isteri Tanpa Pakaian? Ini Hukumnya!

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×