Nur

Po*k Free Bukan Bermakna Kedai Makan Itu Halal, Ada Bezanya Dan Jangan Main Singgah Je!

15
SHARES
KEDAI HALAL

Umum mengetahui, sebagai seorang Muslim, mengambil makanan yang halal merupakan kriteria utama. Walau bagaimanapun, perkara ini sering diambil ringin oleh segelintir umat Islam apabila tidak membezakan kedai halal, pork free dan muslim friendly.

Menurut perkongsian Farizal di laman Facebooknya, ada beza antara halal, pork free, alkohol free dan muslim friendly. Sebaiknya makanlah di kedai yang ada sijil halal.

Baca juga: Hukum Mencuri Dengar Perbualan Orang Lain Tanpa Izin, Jangan Ambil Ringan!

BEZA KEDAI HALAL, PORK FREE & ALKOHOL FREE

KEDAI HALAL

Dulu kawan cina saya ajak saya makan dekat 1 kedai western, betul-betul depan pejabat saya. Saya tanya dia halal ke? Sebab saya tak nampak staff muslim di sana. Katanya ramai melayu makan dekat sana. Maka, saya pun akur.

Di pintu masuk tertulis besar, “Pork Free, Alcohol Free“. Sebaik melangkah masuk ke dalam kedai itu, perkara pertama saya nampak adalah hiasan di dindingnya. Banyak botol arak pelbagai bentuk, didekorasikan di sana. Cantik memang cantik tapi hati saya dah tak best.

Saya pandang beberapa meja, betul ada pelanggan melayu sedang makan. Kawan saya ajak duduk di satu meja. Saya pula terus ke kaunter. Ada seorang staf cina lalu, dia tanya saya kalau saya perlukan apa-apa bantuan.

Saya tanya dia, berapa staf melayu dekat sini? Dia jawab tak ada. Lepas tu saya tanya, ada sijil halal ke? Masa tu dia panggil orang lain untuk jawab soalan saya. Datang seorang lain yang agak berusia. Katanya mereka dah mohon sijil halal tapi belum dapat.

Masa ni saya dah rasa lain macam. Setahu saya, syarat permohonan sijil halal adalah mesti ada staf muslim sekurang-kurangnya seorang.

Kawan saya datang dekat saya. Dia tanya kenapa. Saya bagitahu dia bahawa mereka tiada sijil halal. Kawan saya cakap dalam bahasa cina dengan mereka.

Saya tunjuk dia botol arak yang jadi hiasan dinding. Katanya itu hanya dekorasi sebab botol cantik. Saya katakan padanya bahawa botol perfume pun banyak yang cantik, kenapa pilih botol arak? Dia diam. Mungkin tak sangka saya bertanya tentang hal remeh mcm tu.

KEDAI HALAL

Saya cakap dekat kawan saya, saya was was. Saya taknak makan dekat situ dan kawan saya akur. Lalu kami keluar. Itu cerita puluhan tahun lepas, dan sehingga kini kedai itu masih belum dapat sijil halal yang katanya dulu dah mohon tapi belum lulus.

1 hari tu, bos nak belanja makan dekat 1 kedai india yang agak terkenal. Saya tahu ada ramai pegawai kerajaan Muslim makan dekat situ sebab kedai tu terkenal.

Katanya tiada sijil halal dan memang tak mohon sebab proses mohon susah. Lalu saya tolak ajakan bos saya. Dan sejak itu juga bos saya peka dengan bab halal walaupun dia bukan Muslim.

Selain itu, saya juga kecewa dengan tindakan sebuah hotel terkemuka yang menulis di banner ‘Muslim friendly‘ untuk buffet Ramadan tetapi tiada sebarang halal.

Rupanya hotel tersebut meletakkan banner Muslim friendly kerana tiada alkohol dan tiada pork. Kita sebagai Muslim yang sepatutnya lebih peka tentang apa yang boleh dan tak boleh. Bukan terus yakin dengan apa yang tuan kedai cakap dan tulis.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Eee..Gelinya! Termakan Buah Ada Ulat, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Anda Perlu Tahu!

Sumber: Facebook Farizal Radzali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×