Nur

Eee..Gelinya! Termakan Buah Ada Ulat, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Anda Perlu Tahu!

19
SHARES
MAKAN ULAT DALAM BUAH

Seperti mana kita tahu, Rasulullah SWT mengharamkan segala apa yang jijik pada jiwa seperti bangkai dan darah. Orang yang memakannya dianggap fasik. Setiap yang jijik pada tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum berbeza.

Antara isu yang sering menjadi tanda tanya adalah hukum makan ulat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Adakah haram atau sebaliknya?

Baca juga: Isteri Bekerja Atau Tak Suami Tetap Bagi Nafkah, Melainkan….

HUKUM MAKAN ULAT DALAM BUAH & SAYUR

MAKAN ULAT DALAM BUAH

Ulat atau kutu yang lahir pada makanan seperti buah, beras dan tepung gandum adalah dimaafkan untuk dimakan bersama makanan. Ini kerana sukar untuk diasing dan dikawal. Namun jika diasingkan lalu dimakan, maka tidak dimaafkan, mengikut pendapat yang asah.

Menurut Imam al-Nawawi:

“Ulat yang ada daripada buah-buahan, keju, cuka dan kacang hijau, dan yang seumpamanya, jika ia mati dalam benda yang dia dilahirkan daripadanya maka dia menjadi najis disebabkan kematiannya.

Pendapat yang paling sahih] adalah halal memakannya bersama benda yang dia dilahirkan daripadanya, bukan secara terasing;[dan pendapat kedua] halal memakannya secara mutlak [dan pendapat ketiga] haram secara mutlak, maka mengikut pendapat yang sahih ia adalah najis tetapi tidak memudaratkan pada memakannya secara bersama.” Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab.

MAKAN ULAT DALAM BUAH

Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, para ulama pendapat bahawa hukum memakan ulat dalam buah dan sayur adalah diharuskan, tertakluk dengan syarat-syarat berikut:

– Hendaklah dimakan bersama dengan makanan yang ia dilahirkan daripadanya seperti nasi dan roti, sama ada dalam keadaan hidup atau mati.

– Tidak boleh dimakan secara berasingan seperti dikutip daripada buah kemudian dimakan.

– Ulat tersebut hendaklah tidak mempengaruhi dan mengubah rasa, bau dan warna makanan itu sekiranya makanan itu cair.

Semoga menjawab persoalan anda semua.

Baca juga: Hukum Mencuri Dengar Perbualan Orang Lain Tanpa Izin, Jangan Ambil Ringan!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×