Dapur

Cara Mudah Membersihkan Sayur Brokoli. Elak Ulat Yang Menggelikan !

1K
SHARES

Memang tidak dinafikan lagi bahawa sayur-sayuran adalah sumber nutrisi yang bagus untuk kita khususnya kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, sayur yang mempunyai nutrisi paling bagus adalah brokoli. Antara kebaikkan sayur brokoli adalah sebagai agen melawan kanser, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu menguatkan tulang.

Tetapi, ramai dalam kalangan kita masih tidak tahu bahawa sayur brokoli ini memerlukan ketelitian ketika kita membersihkannya. Melalui perkongsian di laman Facebook Puan Fieza Nelson, kita telah menemui cara yang sangat teliti dan mudah untuk membersihkan sayur brokoli. Jom kita sama-sama rujuk langkah demi langkah!

http://www.fiveaa.com.au/

http://www.fiveaa.com.au/

Assalammualaikum..
Dah lama nak share benda ni.
Tp hari ni baru ada peluang utk share hal ni.. untuk penggemar sayur brokoli..
Semua dh sedia maklum brokoli ni tinggi khasiatnye kan.. & sayur yg sedap sgt kan.. kan..kan.. & bagus buat puri brokoli utk baby kan..
Taaaaapiiiiiiii…
Eh jap.. jap.. ni kita bkn nak kondem psl sayur ni yer.. kang keluar lak komen ingat kita nak suruh black list sayur ni lak dlm menu harian u all..
Ni kita nak highlight pada yg ambik cara mudah pembersihan & basuh sayur tu..
Tgk btl2 dlm gambar tu apa yg ada di celah2 brokoli tu.
Ada ulat rupa seakan kutu byk sgt2.. ulat bulu? pn ado.. ? dorg berjemaah bersama lak dlm brokoli tu.. ish.. geram sbb buat tokak den kombang.. ?????
Kita dh rendam dgn air garam dlm 30mnt -1 jam..
Mmg byk ulat yg mati & keluar dr celah2 sayur tu..
tapi.. tapi..
bukan semua ulat yg keluar yer.. masih byk lagi ulat2 melekat kuat kt celah2 sayur tu..
Nak tak nak kena lah belek setiap bahagian sayur tu dgn teliti sblm nak masak.
Jadi pd mama/mommy chef tu yg nak masak utk family or buat bubur baby.. sila / tolong / mohon cuci dgn btl2 bersih.. sblm bg org tersayang makan masakan yg kita masak yer..
Atau pn ada tip lain rendam pakai cuka.. jom kita cuba…
Mmg lps ni tak akan mkn lah menu yg ada sayur ni kt kedai..
sbb muskil cara pembersihan sayur ni kt tmpt lain.

Ketika proses merendam brokoli

www.facebook.com

www.facebook.com

www.facebook.com

www.facebook.com

Ni gambar setelah direndam dgn air garam selama 30 mnt -1 jam..
Masih byk lagi ulat yg masih hidup & melekat kuat di celah2 brokoli tu..

Diharapkan semoga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana untuk lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan nanti.

Sumber : Fieza Nelson 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×