Famili

STOP Buat 5 Tabiat Ini Masa Memasak, Boleh Bahayakan Kesihatan!

25
SHARES
KESALAHAN KETIKA MEMASAK

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang mengambil ringin mengenai kesalahan ketika memasak. Hal ini perlu diambil berat kerana boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan.

Pastikan kesalahan di bawah ini tidak lagi diulang supaya lebih sihat. Kalau ada nampak ahli keluarga terdekat yang masih membuat kesilapan ini, anda kena tegur.

Baca juga: Sedap Memang Sedap Tapi Bahaya Kalau Campur Dua Makanan Ini

5 KESALAHAN KETIKA MEMASAK INI BOLEH BAHAYAKAN KESIHATAN

KESALAHAN KETIKA MEMASAK

1. Tak cuci buah dan sayur-sayuran

Ini merupakan antara perkara yang sering diabaikan dan diambil mudah. Perlu diingatkan untuk mencuci semua buah-buahan dan sayur-sayuran selepas membeli.

Pastikan anda menyiramnya di bawah air yang mengalir supaya kotoran dan sebarang bakteria dapat dihilangkan. Selepas itu, boleh rendamkan sekejap di dalam air yang dicampur garam untuk mengekalkan kesegaran makanan.

2. Biarkan minyak terlalu panas

Kesalahan ketika memasak yang seterusnya adalah membiarkan minyak masak terlalu panas sehingga mengeluarkan asap. Hal ini perlu dielakkan sekiranya anda menggunakan minyak zaitun kerana ia boleh memecahkan kompenan dan bertukar menjadi bahan toksik.

Bahan toksik itu boleh meningkatkan risiko kanser. Jadi, pastikan anda lebih berhati-hati selepas ini.

3. Kesalahan ketika memasak – guna kuali non-stick

Kuali non-stick sudah tentunya menjadi kesukaan ramai kerana lebih memudahkan proses ketika memasak dan membersihkannya.

Namun ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak digunakan dengan cara yang betul. Pakar menasihatkan agar anda mengganti kuali setiap lima tahun.

Hal ini kerana lapisan telfon yang terhakis apabila memasak boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kegagalan buah pinggang dan hati.

4. Basuh bahan basah dalam sinki

Tidak dapat dinafikan, membasuh bahan basah di dalam sinki adalah perkara normal yang dilakukan oleh ramai orang. Tindakan ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana bakteria yang ada di dalam sinki.

Jalan penyelasaiannya adalah pastikan anda letak bahan basah di dalam bekas kecil dan jangan sesekali letakkan di dalam sinki tanpa sebarang lapik.

5. Cairkan bahan basah dengan cara salah

Bahan basah seperti daging, ikan dan ayam tidak boleh dibiarkan di luar peti ais melebihi 4 jam kerana boleh menyebabkan kuman dan bakertia berkumpul sehingga mengakibakan keracunan makanan.

Cara yang betul adalah boleh letakkan daging atau ayam tersebut di ruangan peti ais bahagian tidak beku. Selain itu, langkah paling mudah adalah mencairkan ais dengan menggunakan gelombang mikro.

Jadi, pastikan anda tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas ini. Semoga bermanfaat!

Sumber: Motherhood

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Guna Air Fryer Dengan Betul, Baru Lebih Selamat & Sihat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×