Sihat

Rawatan Bekam Boleh Buang Toksin & Lancarkan Darah Dalam Badan, Fakta Atau Auta?

16
SHARES

Bekam adalah teknik yang ramai gunakan untuk tujuan kesihatan. Antara kebaikan bekam adalah boleh mengurangkan kesakitan di bahagian perut, lengan kaki, tangan dan lain-lain anggota badan.

Terapi bekam merupakan perubatan tradisional yang popular di China dan Asia Barat. Namun adakah kaedah ini benar-benar bagus atau sebaliknya?

Baca juga: Banyak Manfaat Minum Jus Epal Hijau Campur Saderi, Rugi Kalau Tak Pernah Cuba!

KEBAIKAN BEKAM: BETUL KE ADA BANYAK MANFAAT?

KEBAIKAN BEKAM

Daya sedutan bekam ini akan mengembang dan memecahkan saluran darah kecil di bawah kulit. Hal ini menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa bekan boleh mengeluarkan toksin di dalam badan.

Ada juga yang mengatakan bahawa bekam boleh membantu masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, sindrom carpal tunnel, sakit kepala, migrain dan lain-lain.

Langkah untuk membuat bekam bergantung kepada kaedah yang dipilih mengikut kesesuaian badan. Antara jenis yang boleh dicuba adalah:

1. Bekam kering atau angin

Bekam jenis ini menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah. Ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa neyeri dan akan meninggalkan kesan lebam warna merah kehitaman.

2. Bekam basah

Permukaan kulit akan dicucuk jarum yang sudah disterilkan dan disedut mengguna cawan bekam untuk mengeluarkan darah dalam badan.

Penyedutan ini dilakukan sebanyak 7 kali dan tidak boleh lebih. Cara ini tidak digalakkan untuk buat selalu dan hanya 3 minggu sekali sahaja.

3. Bekam api

Bekam api atau fire cupping menggunakan api sebagai alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direka khas. Udara di dalam gelas dibakar dan diletakkan di permukaan kulit.

Antara kebaikan bekam adalah dapat:

KESAM SAMPINGAN BUAT RAWATAN BEKAM

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kesan sampingan lain sekiranya melakukan bekam. Antaranya adalah:

  • Kulit menjadi lebam
  • Melecur dari cawan yang dipanaskan
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Ketegangan atau kesakitan otot
  • Loya
  • Jangkitan kulit, gatal-gatal atau parut

Kajian mendapati bukan semua orang boleh membuat rawatan bekam. Golongan yang tersenarai di bawah perlu lebih berjaga-jaga kerana boleh memudaratkan kesihatan.

  • Anemia
  • Masalah sakit jantung
  • Gangguan pendarahan seperti hemofilia
  • Masalah pembekuan darah
  • Sejarah strok
  • Penyakit kardiovaskular
  • Keadaan kulit, termasuk ekzema dan psoriasis.
  • Sawan (epilepsi)

Pastikan anda bincang dengan pakar terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Tradisional Hilangkan Ketumbit Dalam Mata Tanpa Guna Ubat

Sumber: Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×