Ketumbit dalam mata boleh mengganggu mood anda kerana ia membuatkan tidak selesa. Bagi mengatasi masalah ketumbit ini, ada beberapa petua dikongsikan untuk dicuba.
Kebanyakan ketumbit boleh hilang dalam masa beberapa hari namun sekiranya ia berpanjangan dan menyebakan komplikasi, segera dapatkan rawatan doktor.
Baca juga: Rawatan Resdung Guna Bawang Besar, Lega Habis Semua ‘Khazanah’ Keluar
PETUA HILANGKAN KETUMBIT DALAM MATA, CUBALAH
Antara petua yang boleh dicuba adalah:
1. Ambil sebiji bawang merah, kupas kulit dan layarkan dekat api. Bila dah suam boleh letakkan dekat ketumbit. Sekadar ikhtiar, Allah SWT yang menyembuhkan.
2. Ambil putik kapas atau kapas dan celupkan ke dalam air suam. Cuci kelopak dan bulu mata sehingga bersih. Ulang langkah ini dua hingga tiga kali sehari.
3. Belahkan dua bawang putih sapukan bahagian yang dipotong itu pada tempat ketumbit.
4. Amalkan minum air lemon suam untuk redakan bengkak ketumbit dalam mata.
5. Rebus telur, dikopek dan disapu di bahagian ketumbit. InsyaAllah berkesan.
6. Ambil aloe vera dan sapu.
7. Ambil daun sireh dan layukan atas api. Kemudian letak di bahagian ketumbit.
8. Tuam dengan sudu yang sudah dipanaskan.
9. Ambil minyak masak, sapu di tempat bengkak.
10. Guna jari telunjuk atau hantu dan gosok jari ke tapak tangan sebelah sehingga panas. Kemudian tekap di bahagian ketumbit dalam 15 minit atau lebih. Amalkan setiap hari sehingga hilang. Perlu diingatkan bahawa cara ini tidak boleh dilakukan ketika berada di dalam tandas.
Boleh cuba petua di atas untuk hilangkan ketumbit dalam mata. Walau bagaimanapun, jangan lupa pergi klinik jika semakin teruk. Bahaya jika dibiarkan.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Petua Rawat Batuk Berpanjangan Guna Nanas, 2 Kali Minum Dah Lega!
Sumber: Facebook