Sihat

Lelaki Ini Kongsi Petua Rawat Batuk Berpanjangan Guna Nanas, 2 Kali Minum Dah Lega!

34
SHARES
BATUK BERPANJANGAN

Batuk berpanjangan sehingga menyebabkan sakit dada boleh mengganggu aktiviti harian anda. Selain makan ubat yang diberikan doktor, boleh juga cuba cara semula jadi iaitu menggunakan buah nanas.

Menerusi perkongsian Haerme Abd Rahman di laman Facebooknya, batuk berpanjangan boleh dihilangkan dengan menggunakan petua yang dikongsikan oleh rakannya.

Baca juga: Tips Hilangkan Lenguh Badan & Sakit Saraf, Lega Satu Badan Macam Zaman Muda!

RAWAT BATUK BERPANJANGAN GUNA BUAH NANAS, CUBALAH

BATUK BERPANJANGAN

Dulu pernah mengalami batuk yang kuat, gatal kerongkong macam digaru-garu dan sakit dada jangan cakap lah. Dah bermacam-macam ubat batuk cuba, tak menjadi juga.

Akhir nya ada kawan kongsi petua ini. Allhamdullilah dua kali minum terus hilang batuknya. Cubalah, mana tahu sesuai untuk anda juga.

Bahan-bahanya:

  • Nanas separuh
  • Halia muda 2 inci, kalau tak ada halia muda halia tua pun boleh
  • Madu lebah, yang ni kena pakai betul-betul punya madu lebah
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

1. Kisar semua sekali bahan di atas sehingga hancur. Madu boleh pakai dalam 3 hingga 4 sudu besar.

2. Kalau pakai halia tua, nanti jusnya akan sedikit berserat. Nak kuat lagi rasanya pakai halia bentong.

3. Nak sedap lagi simpan dulu dalam peti sejuk, dah sejuk baru minum. Rasanya masam manis dan sedikit pedas. Anak-anak pun boleh minum.

InsyaAllah berkesan untuk merawat batuk. Selamat mencuba!

Baca juga: Rawatan Resdung Guna Bawang Besar, Lega Habis Semua ‘Khazanah’ Keluar

Sumber: Facebook Haerme Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×