Dapur

Cara Defrost Ayam & Daging Dengan Betul, Salah Langkah Boleh Jadi Punca Keracunan!

6
SHARES
CARA DEFROST AYAM

Cara defrost ayam, daging, ikan dan lain-lain bahan basah memainkan peranan penting. Hal ini kerana jika dilakukan dengan menggunakan teknik yang salah, ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

Jadi, pastikan anda mengikut tips seperti perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebook rasmi miliknya. Keracunan makanan boleh membawa kepada maut, jangan main-main.

Baca juga: Cara Simpan Taugeh Untuk Tahan Lebih Lama, Senang Tak Payah Beli Banyak Kali

CARA DEFROST AYAM & DAGING DENGAN BETUL, BAHAYA KALAU SALAH

CARA DEFROST AYAM

Siapa yang selalu buat, letak daging, ayam, ikan dan sebagainya yang sedang beku di singki pada waktu pagi sebelum pergi kerja? Anda pasti akan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak. Petang selepas balik kerja baru masak.

Walau bagaimanapun, kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah, jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.

Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.

Pastikan anda masak dalam tempoh 24 jam selepas cair dan jangan sesekali sejuk bekukan semula.

Semoga bermanfaat dan jangan ulang kesilapan yang sama ya.

Baca juga: Rahsia Cucur Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Kena Bancuh Dengan Air Ini

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Kredit: UNL Food

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×