Dapur

Rahsia Cucur Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Kena Bancuh Dengan Air Ini

1.6K
SHARES
CUCUR JAGUNG

“Sedapnya makan cucur jagung petang-petang ni…”

Dapat makan cucur jagung cicah bersama sos cili dan dan mayonis memang sedap. Kalau beli di luar agak mahal sedikit tetapi kuantitinya sedikit sahaja.

Apa kata buat sendiri di rumah seperti dilakukan oleh Puan Faizah Binti Abdul Hamid ini. Ada satu rahsia untuk dapatkan cucur jagung rangup di luar, lembut di dalam. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Seri Muka Durian Sukatan Cawan, Berlemak Dan Lembut Sangat!

RAHSIA CUCUR JAGUNG RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

CUCUR JAGUNG

Petua cucur jagung rangup di luar lembut di dalam adalah kena bancuh dengan air panas. Macam ini caranya:

Bahan-bahan:

  • ½ kilo tepung gandum
  • Sebiji telur
  • Secekak kucai – potong 1cm
  • 2 tongkol jagung segar
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam udang kertas- cincang kasar
  • 2 labu bawang besar – belah 4, hiris nipis
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Secukup rasa
  • Garam halus
  • Air panas secukupnya

Cara-caranya:

1. Hiris isi jagung dari tongkolnya. Satukan semua bahan di dalam besen. Bancuh adunan dengan air panas.

2. Jemput dan goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

3. Sedia untuk dihidangkan.

Tips tambahan:

– Ikan bilis lebih sedap jika ditumbuk kasar-kasar.

– Bancuh mesti guna air panas untuk dapatkan cucur yang rangup di luar lembut di dalam. Guna air penapis pun sudah mencukupi.

Selamat mencuba! Sedapnya buat makan petang.

Baca juga: Resepi Ayam Mangga & Ikan Siakap Thai Viral, Masam Manis Cukup Semua Rasa!

Sumber: Facebook Faizah Binti Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×