Dapur

Tips Goreng Ikan Cencaru Sumbat Isi Tak Keluar & Sambal Tak Hangus, Elok Kejadiaanya!

3.2K
SHARES
IKAN CENCARU SUMBAT

Bila goreng ikan cencaru sumbat mesti sambalnya akan terkeluar dan cepat hangus kan? Pening kepala dibuatnya bila jadi macam ini.

Jangan risau, ada beberapa tips untuk anda cuba bagi mengelakkan masalah isi terkeluar dan cepat hangus. Rugi kalau buat banyak-banyak tapi tak dapat makan. Betul tak?

Baca juga: Resepi Milo Crepe Paling Mudah, Inti Banyak Gemuk-Gemuk. Memang Puas Hati Makan!

TIPS GORENG IKAN CENCARU SUMBAT ISI TAK TERKELUAR

IKAN CENCARU SUMBAT

Antara tipsnya adalah:

1. Goreng ikan terlebih dahulu. Bila dah masak, baru sumbatkan sambal dan balut dengan daun kunyit. Goreng kali kedua tetapi sekejap sahaja.

2. Sumbatkan sambal, balut dengan daun kunyit dan ikan menggunakan getah. Sedia untuk digoreng.

3. Minyak bagi banyak biar ikan seekor itu berenang dalam minyak. Jangan banyak kali kalih-kalih. Boleh balut ikan dengan daun kunyit ikat menggunakan benang.

4. Bakar dulu menggunakan oven. Kemudian balut dengan daun pisang atau daun pandan. Bila ikan dah masak, baru buka balutan daun dan goreng di dalam minyak sekejap sahaja.

5. Tumis sambal sehingga masak sebelum sumbat di dalam ikan.

6. Selepas sumbat sambal sapu telur putih dan goreng. Dengan cara ini sambal tak akan terkeluar.

7. Selain sapu telur putih, boleh juga tambahkan sebiji telur di dalam sambal untuk mengelakkan pecah.

8. Seterusnya, boleh cuba celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan gorengkan.

9. Minyak kena betul-betul panas dan lebih daripada ikan. Masa nak letak ikan pastikan api perlahan. Ikan tak perlu buang kulit dia, goreng garing-garing macam biasa.

10. Sebelum goreng sejat ikan dalam penapis dulu untuk bagi kering sedikit.

11. Cara belah belakang ikan cencaru bagi dalam sikit baru boleh sumbat banyak.

12. Satu lagi tips kalau nak buang gatal ikan ketika siang ikan, buang bahagian dekat ekor macam urat putih.

13. Buat sambal pekat dan masak terlebih dahulu. Baru sumbat dan goreng sekejap.

14. Sumbat sambal di dalam ikan, kemudian lilit dengan benang dan goreng.

15. Letak tepung pulut sikit di dalam sambal. Gaul sebati bagi lekat sedikit. Bila letak tepung pulut akan lebih rangup. Sambal pun tak akan terkeluar.

Wah! Banyak ya tips. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Nasi Tomato Anti Gagal & Paling Sedap, Confirm Licin Tak Cukup Sepinggan!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×