Baru-baru ini menjadi perbualan orang ramai mengenai isu wanita yang tidak pandai menyiang ikan. Dikatakan ‘manja’ dan ‘mengada-ngada’, sebenarnya ramai dalam kalangan wanita yang tidak arif lagi dalam teknik menyiang ikan tertentu dan salah satunya adalah tidak tahu cara siang ikan cencaru.
Tidak mengapa, walaupun terdapat ‘servis’ untuk menyiang ikan yang ditawarkan oleh peniaga, tidak ada masalah untuk kita belajar untuk menyiang ikan ini pada bila-bila masa sahaja. Kalau ada mood untuk menyiang ikan secara sendiri boleh dilakukan di rumah, kalau tiada mood boleh minta penjual untuk menyiang ikan tersebut siap-siap. Jadi, jom kita tengok perkongsian dari Puan Nor Azura untuk anda yang pertama kali nak belajar siang ikan, mudah je!
Baca juga: Cara Rawat Kalau Terkena Sengatan Ikan Sembilang & Berbisa, Nampak Pelik Tapi Berkesan!
CARA SIANG IKAN CENCARU
Tiap kali saya cerita dekat orang saya masak cencaru, mesti ramai orang akan pelik dan kata yang ikan cencaru ni susah nak siang.. Hari ni saya kongsikan bagaimana cara saya siang cencaru, senang saja sebenarnya. Ikan cencaru kalau nak goreng, bakar, memang biasanya kita tak buang kulitlah..hilang keasyikan nak makan tu.. ni buang kulit biasanya untuk makanan berkuah macam asam pedas, masak lemak cili api ke atau kari, nak masak sambal pun boleh je buang kulit. Janganlah korang pelik pula ikan tu togel ya.
Bagi yang tak tahu ikan cencaru tu macam mana, inilah rupa parasnya..ada orang panggil ikan jaket, sebab kulitnya yang keras tu. Sedikit tips nak siang kulit supaya isi tak hancur, siang masa ikan masih keras, maksud keras di sini masa dia tak cair sepenuhnya tau lepas keluar dari peti ais atau baru beli terus siang pun boleh.
Alat yang akan digunakan:
-Gunting, pastikan tajam ya
-Playar
-Pisau
-Papan landas/papan pemotong
Cara-caranya:
1.Kita potong ini dulu, kiri kanan ya..
2.Bahagian bawah pula..ada 3 bahagian, ini yang pertama..
3.Bahagian bawah, ini yang kedua..
4.Bahagian bawah, yang ketiga ya..okay selesai bahagian bawah..
5.Bahagian atas pula ya, ada dua..ini yang pertama..
6.Bahagian atas, ini yang kedua..dah siap..selesai dah atas dan bawah..kenapa kena potong? Sebab nak elak luka masa basuh atau makan. Potong sampai rasa tajam tu tak ada dah tau..
7.Potong ekor pula bagi molek
8.Bahagian kulit/jaket dia ya..gunakan hujung gunting, cungkil atau cucuk untuk lubangkan pada bahagian atas permukaan keras..
9.Yang cucuk dan cungkil tu nanti akan jadi macam ni tau..tak payah besar sangat pun tak apa, asal muat nak tarik nanti..
10.Bahagian ini kena guna playar. Kepit kemudian rentap ke arah ekor..sekuat hati tau..
11. Dah siap rentap, masa rentap tu, belah hujung tu nanti dia akan terputus sendiri pada bahagian ekor, tak payah fikir nak potong ke apa dah..
12.Sebelah lagi dah siap cabut kulit..saya buang kulit baru siang perut sebab ikan masih padat, tak mudah terlepas dari genggaman, ikan masih terbentuk, berbanding buang isi perut kemudian buang kulit..
13.Nak belah perut pula, cucuk je dekat bahagian insang tu, tembus..potong guna gunting je tau, senang..
14.Ini hasil dah potong..
15.Ini nak belah perut dia..masuk gunting dari atas, tolak sampai bawah terus gunting, agak-agak dekat lubang pada ikan tu..lubang pembuangan dia rasanya tu..
16.Ini nak tarik insang tau..kepit guna dua jari, satu lagi jari tolak lelangit ikan ni..satu lagi tangan pegang kepala dia.
17.Tarik je, agak-agak supaya tak putuslah insang dengan isi perut ya..lepas tu korek isi perutnya, buang sampai bersih..
18.Potong mulut dia pula..
19.Ha..dah siap siang ikan! Bolehlah basuh/kosek guna limau kasturi dan garam kasar, limau kasturi, kalau limau nipis tak ada, boleh ganti asam jawa. Ini orang-orang tua kata tujuannya nak hilangkan hanyir ikan.
*Selamat memasak semua! Jangan risau kalau tak pandai siang ikan, sekarang dah banyak ada servis tolong siangkan..
Baca juga: Teknik Supaya Sayur-Sayur Yang Dibeli Lebih Tahan Lama, Ada Yang Sampai Berbulan!
Sumber: Nor Azura