Dapur

Peniaga Kongsi Petua Pilih Ikan Pari Yang Segar, Tak Ada Langsung Bau Hancing!

1.1K
SHARES
jenis ikan pari

Mesti ramai dalam kalangan orang Melayu percaya bahawa, ikan pari hancing disebabkan ikan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut dan menyebabkan susah untuk membeli jenis ikan pari di pasar. Maklumlah, kalau tersalah pilih risau ada bau hancing pula!

Tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa semua ini adalah tidak benar dan pemilihan ikan pari di pasar tidak sepatutnya menjadi begitu sukar. Kalau tak percaya, berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh peniaga ikan pari yang mahir.

Baca juga: Cara Pilih Udang Fresh Di Pasaran, Pastikan Ada 4 Ciri Ini Barulah Bila Masak Isi Manis!

TIPS PILIH JENIS IKAN PARI YANG SEGAR, HANCING BUKAN SEBAB ‘DATANG BULAN’!

jenis ikan pari

Sebenarnya ia adalah mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid. Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar.

Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi. Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia.

Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.

Menurut Puan Asmah yang sudah berniaga pari hampir 8 tahun, tidak pernah dia terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.
Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.

Tips memilih pari segar:

1.Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar.

2.Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat.

3.Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.

jenis ikan pari

*Pilihlah ikan pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua…

Baca juga: Cara Nak Bezakan Daun Sup vs Daun Ketumbar, Encik Suami Pasti Tak Pening Lagi!

Sumber: Asmah Chem

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×