Dapur

Cara Nak Bezakan Daun Sup vs Daun Ketumbar, Encik Suami Pasti Tak Pening Lagi!

71
SHARES
daun sup vs daun ketumbar

Setiap kali berada di pasar raya, mesti kita akan berhenti di bahagian pemilihan antara daun sup vs daun ketumbar selama hampir setengah jam bukan? Mana tidaknya, berlaku kekeliruan antara nama daun, bentuk daun malah baunya juga yang menyebabkan ramai dalam kalangan kita masih tidak pakar dalam memilih dua daun herba ini.

Bukan sekadar penaik rasa dan bau juadah, dua daun herba ini juga mempunyai khasiat yang bagus untuk otak serta kawalan darah. Kalau anda merupakan peminat kepada dua daun ini, tak sia-sia menjadi pakar dalam pemilihan antara daun sup dan daun ketumbar yang digunakan setiap hari.

Baca juga: Cara Pilih Udang Fresh Di Pasaran, Pastikan Ada 4 Ciri Ini Barulah Bila Masak Isi Manis!

DAUN SUP VS DAUN KETUMBAR, DUA-DUA ADA BEZA DAN MANFAATNYA!

daun sup vs daun ketumbar

Agak agak kalau minta cik suami belikan daun ketumbar, dapat tak bezakan mana satu daun ketumbar mana satu daun sup? Dua ini dari luaran memang nampak seiras. Tapi boleh dibezakan dengan baunya.

Daun ketumbar ada bau macam sejenis kumbang busuk bernama ‘kesing’ disebabkan kehadiran trans-tridecane. Manakala daun sup ini senang saja. Bau sama macam sup selalu buat tu. Daun sup dipanggil Chinese Parsley manakala daun ketumbar dipanggil Coriander Leaves atau Cilantro.

Ada banyak kajian yang kaji pasal khasiat kedua dua herba ini dan bukan sekadar sebagai penaik selera dan penambah aroma masakan. Sebut bab daun ketumbar, kajian dalam jurnal Proven Health Benefits & Uses of Coriander (Coriandrum sativum L.) tahun 2020 dapati, Cilantro bersifat anti-inflammatory, diuretik, antibakterial, antifungal dan turunkan risiko jangkitan kulat pada kulit.

Bukan itu sahaja, ia juga bersifat detox semula jadi. Kita mungkin tak tahu ikan yang kita beli tu sumbernya daripada mana, jadi Cilantro boleh buang toksid seperti mercury dan plumbum dari ikan yang dimakan dan juga bersifat anti-anxiety. Daun ketumbar mampu bantu relakskan saraf dan kawal hormon kortisol.

Dalam penulisan bertajuk A Nutritional, Aromatic and Medicinal Herb (2022) pula beritahu, Cilantro ada flavonoid seperti quercetin, kaempferol, rhamnetin dan apigenin selain tinggi vitamin C dan beta carotene. Semua ini penting untuk kesihatan otak kita.

Bukan hanya pada daun dan batang, tapi juga pada biji ketumbar. Kajian juga dapati bijinya bersifat anti-diabetik dan bantu kawal gula dalam darah serta tingkatkan aktiviti insulin. Padu tak padu?

Daun sup juga bukan sekadar penaik bau. Ia bagus untuk turunkan high blood pressure, kadar gula dalam darah serta kolesterol. Boleh tingkatkan ketahanan sistem tubuh dan juga bersifat diuretik, daun sup tinggi protein tumbuhan. Malah, air rebusan daun sup juga diguna untuk legakan batuk. Mudah sahaja nak bezakan antara dua daun ini:

-Daun sup lebih besar dan hijau pucat, akar juga pendek, bau manis dan tidak menyegat

-Daun ketumbar saiz kecil, hijau pekat, akar panjang, bau kuat dan menyengat

daun sup vs daun ketumbar

*Selamat memilih dua daun herba ini!

Baca juga: Resepi Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×