DIY & Kraf

Tips Paling Menjadi Tanam Daun Sup Hidup Subur Sampai 2 Tahun, Tak Payah Dah Beli Sikit-Sikit

55
SHARES
tanam daun sup

Setiap kali nak masak sup, pastinya salah satu bahan utama yang diperlukan adalah daun sup atau Chinese Celery Leaves. Namun, kuantiti penggunaannya hanyalah sedikit dan kita terpaksa membeli satu pek daun sup yang banyak, kesudahannya daun tersebut hanya kering dalam peti sejuk dan dibuang. Kalau ditanam daun sup ini kan lebih mudah tapi apa tips tanam daun sup supaya bercambah subur?

Ramai juga yang telah mencuba tetapi pokok daun sup ini tidak menjadi subur. Jadi, jom kita tengok apakah petua yang perlu dilakukan jika anda mahu tanaman daun sup hidup subur dan tak perlu beli lagi jika mahu guna!

Baca juga: Cara Nak Bezakan Daun Sup vs Daun Ketumbar, Encik Suami Pasti Tak Pening Lagi!

TIPS TANAM DAUN SUP, TAK PAYAH BELI SIKIT-SIKIT

tanam daun sup

1. Sediakan tapak semaian, jika boleh guna kan tray semaian yang banyak dijual seperti di kedai Eco RM2.

2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengakftifkan benih supaya mudah bercambah,

3. Teknik rendaman benih dengan air suam ( suam-suam kuku jangan panas) selamat 5 ke 10 minit juga boleh untuk mengaftifkan benih supaya mudah bercambah.

4. Basahkan tanah, semai benih daun sup dan tutup dengan lapisan tanah, siram benih dengan berhati-hati, tray semaian atau bekas semai tadi letakkan di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.

5. Diharap anda perlu bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.

6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan di tempat redup yang tidak terkena cahaya matahari yang terik.

7. Kerana pokok tumbuh dengn lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.

8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.

9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.

10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan.

11. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

tanam daun sup

*Selamat mencuba! Daun sup amat lah berguna dalam masakan dan sangat memudahkan jika sudah menanam beberapa pohon, tidak perlu membeli lagi.

Baca juga: DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk!

Sumber: Donis De Donnis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×