DIY & Kraf

Teknik Tanam Taugeh Di Rumah Guna Bekas Plastik, Lepas 4 Hari Dah Boleh Tuai & Makan!

1.4K
SHARES
cara tanam taugeh

Salah satu jenis sayur dalam makanan yang sering diletakkan di tepi pinggan merupakan sayur taugeh. Inilah merupakan ‘pantang’ bagi anda yang tidak menggemarkan sayur taugeh dan rasa rimas setiap kali menu yang dipesan mempunyai sayur taugeh. Berbeza pula dengan anda yang merupakan peminat sayur ini sehingga tercari-cari cara tanam taugeh di rumah!

Sampai begitu sekali terlampau meminati sayur taugeh ya? Jangan risau, mudah sahaja untuk tanam sayur ini dengan menggunakan bekas plastik sahaja. Jom cuba!

Baca juga: DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk!

CARA TANAM TAUGEH DI RUMAH, LEPAS 4 HARI DAH BOLEH MAKAN

cara tanam taugeh

1.Rendam kacang selama 24 jam. Tak payah guna kacang banyak-banyak, segenggam pun dah cukup.

2.Lepas 24 jam, kacang dah boleh dilihat mula bercambah.

3.Kemudia, buang air rendaman, transfer kacang ke dalam balang plastik. Nak letak tisu pun boleh, tak letak pun tidak mengapa. Tutup balang dan simpan balang dekat tempat gelap / balut dengan plastik hitam.

4. Siram 2 kali sehari. Caranya adalah dengan meletakkan air dalam balang lepas tu goncang-goncang sikit. Lepas itu buang air dia.

5.Hasilnya lepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli dekat kedai.

6. 3-4 hari dah boleh dituai. Kalau nak simpan lama, penuhkan air dan letak dalam peti ais.

cara tanam taugeh

*Senang setiap kali nak masak char kuetiau kan?

Baca juga: DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

Sumber: Nora Valo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×