Deko & Hias

Cara Jimat Buat Racun Serangga Organik Guna Bawang Putih, Ulat Pun Tak Berani Datang Dekat!

19
SHARES
racun serangga organik

Artikel sebelum ini, penulis telah kongsikan resipi baja organik terbaik menggunakan bawang merah pada tanaman. Jadi, untuk kali ini adalah resipi racun serangga organik yang berkualiti tapi jimat poket dengan menggunakan bawang putih sahaja.

Racun organik ini bukan sahaja berfungsi untuk menghalang serangga perosak, tetapi ulat tanaman juga. Jom lihat resipi racun serangga organik bawang putih di bawah.

Baca juga: Resipi Baja Organik Terbaik Guna Bawang Merah, Tanaman Makin Subur & ‘Bersih’ Serangga Perosak!

RACUN SERANGGA ORGANIK TERBAIK!

racun serangga organik

Gambar: Pon Santan

RACUN SERANGGA & ULAT ORGANIK BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • Botol atau bekas bertutup
  • Bawang putih 5 labu
  • Halia lebih kurang sama banyak dengan 2 labu bawang putih
  • Cili padi 30 biji

Cara penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan sampai halus atau lumat.
  2. Masuk dalam bekas bersama 1 liter air.
  3. Tutup dan peram.
  4. Minima 24 jam diperam boleh guna, seeloknya 1 minggu.

Cara penggunaan:

  1. Tapis air peraman bawang putih 20-50ml bersama 1 liter bebas klorin seperti air basuhan beras juga bagus (boleh tambah em atau psb jika ada 10 ml).
  2. Terus sembur ke daun dan batang pokok atau sayuran juga boleh disiram ke tanah.
  3. Waktu terbaik menyembur ialah awal pagi sebelum jam 9 atau 6 petang ke atas.
  4. Ulat, semut dan lain serangga yang mengganggu tanaman akan lari dengan bau dan kepedasan campuran organik ini.
  5. Jika tanaman telah pun diserang ulat atau serangga, boleh spray setiap hari pagi petang selama 3 hingga 4 hari.
  6. Sebagai pencegahan anda boleh sembur berkala 1 minggu sekali atau 2 minggu sekali.
  7. Ini ialah racun organik dan juga bertindak sebagai baja tambahan untuk tanaman, juga tidak berbahaya kepada manusia. Tak perlu topeng muka atau bahan khusus untuk spray racun.
  8. Hampas setelah tapisan atau akhir penggunaan boleh terus tabur ke tanah tempat tanaman, tak memudaratkan malah sebagai baja tambahan.

Baca juga: Kaedah Paling Mudah Suri Rumah Tanam Sayur, Guna Botol Plastik & Tangan Pun Tak Kotor Tanah!

Baca juga: Cara Halau Semut & Lipas Sampai ‘Lenyap’ Terus Dari Dalam Rumah, Guna Ubat Gigi Je!

Nota tambahan:

Semua persediaan di atas boleh dikurangi atau ditambah mengikut kesesuaian anda. Kesemua ini organik dan selamat tanpa perlu ada alat tambahan atau extra cautious on handling.

Selama bertahun-tahun penggunaan cara ini, saya memang tidak menggunakan baja atau racun kimia. Sepenuhnya organik dan Alhamdulillah menjadi dan hasil juga memberansangkan.

Pokok buah-buahan juga saya gunakan cara ini dan semuanya Alhamdulillah membesar dan berbuah dengan baik. Cuma lebih besar pokok, penggunaan lebih banyak.

Semasa proses buah dari putik ke matang saya akan sembur baja bawang merah dan racun organik bawang putih seminggu sekali kepada pokok dan buah secara berkala.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Baca juga: Mengejutkan! Ini 10 Manfaat Air Cucian Ikan Pada Tanaman, Patutlah Ramai Orang Guna!

Sumber: Pon Santan

FT Image: Pon Santan / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×