Tahukah anda terdapat pelbagai sumber nutrien organik yang didapati di dalam air basuhan ikan? Secara tidak langsung, ia boleh dijadikan sebagai baja air yang membantu untuk menyihatkan tanaman.
Kegunaan baja air cucian ikan juga dapat menjimatkan kos penanaman anda. Justeru itu, ikuti dengan lebih lanjut akan manfaat air cucian ikan seperti di bawah.
Baca juga: Kaedah Paling Mudah Suri Rumah Tanam Sayur, Guna Botol Plastik & Tangan Pun Tak Kotor Tanah!
BAJA AIR CUCIAN IKAN
Manfaat air cucian ikan
Sering kali selepas mencuci ikan, air lebihannya yang kotor akan dibuang serta-merta kerana ia mengeluarkan bau yang hanyir.
Namun sebenarnya, air cucian ikan sangat bagus untuk tanaman kerana ia mengandungi nutrien yang sangat baik pada tumbuhan. Antaranya adalah unsur nitrogen, fosforus dan kalium.
Berikut adalah 10 manfaat air cucian ikan kepada tanaman yang anda perlu tahu:
- Membekalkan nutrien makro dan mikro untuk tumbuhan.
- Sumber nutrien nitrogen untuk tumbuhan.
- Merangsang pertumbuhan vegetatif tanaman seperti pertumbuhan batang, dahan dan daun.
- Mempercepatkan kemunculan bunga seperti tanaman tomato, cili, terung, pokok hiasan berbunga dan tumbuhan lain.
- Mempercepatkan pembentukan buah.
- Mencegah kehilangan daun, bunga dan buah.
- Menyihatkan tanaman.
- Memperkaya tanah dengan bahan-bahan organik.
- Meningkatkan aktiviti bakteria tanah yang menyuburkan tumbuhan.
- Memperbaiki sifat fizikal tanah seperti meningkatkan pengudaraan tanah, kapasiti penahan air yang lebih baik dan juga struktur tanah yang mudah ditembusi oleh akar tumbuhan.
Baca juga: 6 Jenis Sayur Yang Mudah Ditanam Di Kawasan Rumah, Nak Pakai Boleh Petik Saja!
Baca juga: Bertahun Tak Beli Luar, Wanita Ini Dedah Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar!
Cara mengaplikasikan air cucian ikan pada tanaman
Buat makluman anda, kepekatan air basuhan ikan adalah berbeza-beza yang bergantung kepada proses membersih dan mencuci ikan. Di mana, ada kepekatan jenis tinggi dan ada yang rendah.
Jika kepekatan air basuhan ikan yang tinggi digunakan, ia boleh menimbulkan risiko kepada tumbuhan atau terganggu.
Begitu juga, air basuhan yang tidak dirawat adalah baik untuk digunakan secara langsung. Tetapi ia memerlukan masa di dalam tanah sehingga tanaman dapat menyerapnya.
Jadi, untuk memberi kesan yang baik kepada tumbuhan, terdapat 2 cara merawat air ikan sebelum membaja tumbuhan. Berikut adalah kaedahnya:
- Kebiasaannya, air cucian ikan yang pertama mempunyai kepekatan yang tinggi. Jadi, anda perlu merendahkan kepekatannya dengan menambah air jika terlihat warnanya pekat.
- Namun, terlalu banyak air sehingga mencairkan sangat air cucian ikan juga kurang bagus untuk tanaman kerana kandungan nutrisinya telah menjadi rendah.
- Jadi, kepekatan air cucian ikan haruslah tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
- Sebaiknya air basuhan tiada organ dalaman ikan agar tidak menarik perhatian lalat, semut dan sebagainya.
Baca juga: Guna 1 Cara ‘Tak Jalan’, Jadi Kena Buat 7 Trik Ini Untuk Halau Monyet Yang Licik!
Sumber: Pupuk Lahan / Sajian Sedap
FT Image: Bebiyana Tambi Khan