Deko & Hias

Guna 1 Cara ‘Tak Jalan’, Jadi Kena Buat 7 Trik Ini Untuk Halau Monyet Yang Licik!

21
SHARES
halau monyet

Monyet merupakan haiwan yang pintar dan bijak. Jadi, bukan senang untuk menipu haiwan berekor ini dengan satu trik sahaja. Kalau nak halau monyet, anda perlu menggabungkan beberapa kaedah seperti dikongsikan Public Health Malaysia (PHM).

Disebabkan monyet ini pintar, anda perlu lebih pintar dari makhluk ini. Jadi, strategi kena lebih cemerlang dan jangan cepat mengalah!

Baca juga: Guna Pencuci Murah ‘Deep Clean’ Peti Ais, Hilang Terus Kotoran Degil Berbulan Tu!

HALAU MONYET DENGAN GABUNGKAN PELBAGAI KAEDAH

halau monyet

Gambar: wirestock

Monyet adalah haiwan yang pintar dan sangat bijak! Mereka tidak mudah terpedaya dengan hanya satu kaedah sahaja, jadi penting untuk menggunakan pendekatan yang pelbagai.

Paling penting, jangan memberi makan kepada monyet kerana ini akan membuat mereka lebih berani dan sering datang ke rumah anda.

Baca juga: Cara Halau Babi Hutan Yang Selalu Rosakkan Kebun, Kalau Berani Guna Cara Nombor 2!

Anda boleh cuba untuk menggunakan Alat Penghalau Ultrasonik. Ia mengeluarkan bunyi frekuensi tinggi yang tidak disukai oleh monyet. 

Walaupun berkesan, monyet yang pintar mungkin menyesuaikan diri, jadi gunakan bersama kaedah lain.

Selain itu, menempatkan patung seperti ular atau harimau yang kelihatan realistik di kawasan yang sering dikunjungi monyet boleh menakutkan mereka.

Namun, pastikan anda menukar kedudukan patung ini dari semasa ke semasa untuk supaya rahsia ini terbongkar pada koloni monyet.

Gunakan objek berkilat seperti CD lama atau cahaya yang dipantulkan untuk menakutkan monyet. Bunyi kuat dari wisel atau belon juga boleh membantu.

Jika monyet terus menjadi masalah, dapatkan bantuan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar.

Baca juga: Padanlah 10 Kali Bersihkan Rumah, Habuk Masih Ada, 7 Ini Punca Rupanya!

halau monyet

Gambar: PHM

Monyet memang pintar dan mereka boleh belajar untuk mengatasi satu kaedah tertentu. Jadi, pastikan anda lebih pintar dari monyet menggunakan kombinasi strategi untuk hasil terbaik.

Selamat mencuba!

Baca juga: Puan Ini Kongsi Tips Jaga BUNGA PETUNIA, Cantik Betul Halaman Rumahnya!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: rawpixel.com / Gabrielle Vaillancourt – Shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×