Deko & Hias

Puan Ini Kongsi Tips Jaga BUNGA PETUNIA, Cantik Betul Halaman Rumahnya!

5
SHARES
bunga petunia

Pokok bunga petunia merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap eksotik dan berasal dari negara Eropah. Di mana, ia adalah tumbuhan hiasan yang agak sensitif dan memerlukan penjagaan yang teliti.

Menurut laman Melur’s Garden, petunia tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik kerana daunnya akan layu dan mati. Malah, tidak boleh diletakkan pada kawasan yang boleh terkena hujan yang menyebabkan bunganya rosak kerana penyiraman hanya boleh dilakukan pada tanah sahaja.

Baca juga: Bahaya Kecubung! Remaja Keracunan Lepas Tindakan Berani Makan Bijinya

BUNGA PETUNIA

bunga petunia

Gambar: Ida Aida

Selain itu, petunia akan mekar dan subur berbunga pada musim panas dan boleh didapati dalam pelbagai warna velvet yang menarik. Jadi, kalau nak tahu lanjut cara penjagaan pokok bunga petunia, ikuti perkongsian Ida Aida di bawah.

Baca juga: Jenis Pokok Sesuai Tanam Di Tempat Teduh, 10 Ini Tak Mesra ‘Direct’ Matahari!

Rutin penjagaan petunia saya:

1. Siram baja AB 3x seminggu

pokok bunga petunia

Gambar: Boleh search dekat shopee baja AB Hakin untuk Petunia (kiri), Benih brand ini okay, saya tanam ada berjaya tumbuh ada tak tapi maksudnya benih betul bukan fake (kanan) – Ida Aida.

Saya pilih hari Selasa, Khamis dam Sabtu untuk siram baja AB.

Hari lain siram dengan air paip. Saya siram sekali sehari saja iaitu pada lewat petang dalam pukul 6.30 petang.

Tak sempat 2x sehari pagi dan petang sebab saya rushing pergi kerja pagi-pagi. Siram hingga air keluar dari pasu.

2. Tangkai bunga

Buang tangkai bunga yang layu setiap hari.

Baca juga: Wanita Kongsi Tips Pokok Pudinanya Hidup Segar & Lama, Dah Masuk 3 Tahun!

Baca juga: Air Rebusan Bunga Cengkih Bantu Pucuk Pokok Tumbuh Cepat & Atasi Masalah Tanaman Lain!

3. Lokasi petunia

bunga petunia

Gambar: Ida Aida

Letak di tempat yang dapat cahaya pagi hingga tengahari. Petunia ini nak direct sunlight, tapi kalau panas sangat pun dia akan layu.

4. Waktu hujan

Jangan bagi kena hujan berlebihan nanti bunga akan layu.

5. Baja Milagro

Bagi baja Milagro 2 minggu sekali (saya tak selalu letak, ada masa terlupa. Tapi baja AB wajib bagi).

pokok bunga petunia

Gambar: Tempat gantung pokok di pagar balkoni. Besi dia kuat, berkarat sikit je tapi tak ketara sangat. Tahan hujan panas. Ambil saiz paling besar iaitu 22cm – Ida Aida.

Video perkarangan rumah Ida Aida dihiasi Bunga Petunia:

Baca juga: Tips Tanam KUCAI Dalam Pasu, Menariknya Bukan Hanya Subur Tapi Sampai Keluar Bunga!

Sumber: Ida Aida / Melur’s Garden

FT Image: Ida Aida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×