Deko & Hias

Tips Pulihkan Pokok Yang Layu Terlupa Siram, Jangan Panik! Selamatkan Dengan Teknik Ini

38
SHARES
tips pulihkan pokok layu

Akibat terlupa siram atau gara-gara cuaca terlalu panas, boleh menyebabkan pokok yang ditanam berubah layu. Hati mana tidak luluh kecewa, apabila tanaman kesayangan tidak tumbuh dengan cantik. Berikutan itu, anda jangan panik! Lakukan tips pulihkan pokok layu yang dikongsikan Mohd Azrin Roselan ini.

Baca juga: Sembur Dengan Air Sabun Je Serangga Perosak Tanaman ‘Confirm’ Mati, Tips Mujarab & Terbaik!

TIPS PULIHKAN POKOK LAYU

tips pulihkan pokok layu

Gambar: Selepas sejam++ pokok kembali segar yang sebelum ini layu. – Mohd Azrin Roselan

Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok. Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang.

Ini cara saya nak pulih pokok yang layu. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.

Baca juga: Hati-Hati Dengan Siti Zubaidah (Hydrangea), Dalam Cantiknya Bunga Ini Getahnya Berbahaya!

Proses memulihkan pokok layu:

tips pulihkan pokok layu

Gambar: Mohd Azrin Roselan

  1. Ambil besen air.
  2. Letak pokok yang layu dalam besen.
  3. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
  4. Kemudian biarkan dalam sejam ++ tengok pada keadaan pokok.
  5. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.

Insyallah ikhtiar kita akan pulih balik pokok yang layu berjaya. Jangan sedih-sedih yer.

Peringatan:

Boleh cuba untuk pokok yang layu dalam pasu disebabkan cuaca panas atau terlupa siram. Pokok yang sedia layu sebab sakit tak boleh guna cara ini.

Baca juga: Petua Halau Monyet Liar, Guna Belacan & Gantung, Esok ‘Nyet’ Tak Datang Rumah Dah!

Sumber: Mohd Azrin Roselan

FT Image: Mohd Azrin Roselan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×