Deko & Hias

Petua Halau Monyet Liar, Guna Belacan & Gantung, Esok ‘Nyet’ Tak Datang Rumah Dah!

23
SHARES
petua halau monyet

Baik monyet mahupun kera, kalau dah masuk dalam kawasan rumah habis semuanya dicuri termasuk pakaian di ampaian. Sudahlah mencuri, tong sampah pun habis dikerjakan sehingga bertaburan sampah. Jadi, bagi mengurangkan isu yang dihadapi ini, berikut terdapat petua halau monyet menggunakan dua bahan yang boleh dicuba dan dikongsikan oleh Noor Jeey Pojie.

Baca juga: Tips Tanam Pokok Bidara, Daunnya Sering Digunakan Dalam Air Mandian Jenazah Orang Islam!

PETUA HALAU MONYET

petua halau monyet

Gambar: Noor Jeey Pojie

Entah kali ke berapa saya kongsikan petua ini. Ramuan dua bahan ini, ubat gegat dan belacan untuk menghalau monyet. Bahkan selepas dicuba bukan sahaja monyet, tikus pun tak ada dah berkeliaran.

Baca juga: Nak Pokok Bunga Matahari Kembang Cantik, Buat Tips Ini & Dapat Sama Makan Kuaci!

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kantan Berbunga Lebat, Panduan Jelas Dari A-Z!

Cara-caranya:

petua halau monyet

  1. Tumbuk ubat gegat sehingga hancur. Nak mudah tumbuk saja sebelum plastik dibuka, takkan nak tumbuk dalam lesung batu pula kan?
  2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan bersama belacan.
  3. Dah sebati masukkan dalam botol dan tebuk lubang supaya bau yang terhasil dari ramuan tadi keluar.
  4. Gantungkan di mana-mana sahaja kawasan monyet selalu bermain-main.
cara menghalau monyet

Gambar: Guna bekas dadih pun boleh, buat lubang dan yang ini untuk digantung – Noor Jeey Pojie

Berapa sen saja lah modal dua bahan ini, nak dibandingkan stres bila monyet menyelinap masuk ke premis anda. Silalah kongsikan semoga bermanfaat.

Baca juga: Tips Tanam Pokok Mulberi Atas Tanah Membesar Rendang & Tak Meninggi, Baru Senang Petik!

Sumber: Noor Jeey Pojie

FT Image: wirestock / Noor Jeey Pojie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×