Deko & Hias

Tips Tanam Pokok Bidara, Daunnya Sering Digunakan Dalam Air Mandian Jenazah Orang Islam!

14
SHARES
pokok bidara

Pokok bidara ternyata kaya kegunaannya untuk dimanfaatkan kepada manusia. Baik dari segi buahnya, mahupun daunnya sehinggalah kulit kayu pokok ini.

Antara contoh kelebihannya ialah daun pokok bidara yang biasa digunakan ketika memandikan jenazah penganut Islam dan sewaktu wanita mandi wajib untuk mensucikan diri daripada haid. Jadi, moleklah kiranya tumbuhan ini ditanam di kawasan rumah anda dengan mengikuti tips menanam pokok bidara di bawah!

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kantan Berbunga Lebat, Panduan Jelas Dari A-Z!

POKOK BIDARA

pokok bidara

Gambar: Maszeli Mohammad Wee

Saya kongsi tip untuk pokok bidara.

Pokok bidara biasanya ada dua di Malaysia, dikatakan yang berduri banyak itu dari Tanah Arab dan yang berbuah besar seperti pokok saya adalah Bidara Epal atau Vietnam. Pokok Bidara yang banyak duri itu akan dikahwinkan dengan Bidara Epal.

Bila kahwinkan sulur atau dahan Pokok Bidara duri banyak akan keluar dari celah tanah dekat pangkal pokok atau sekitarnya. Maka wajib buang dahan tersebut, kerana ianya akan jadi dominant dan Bidara Epal akan mati. Mesti potong ya.

Baca juga: Nak Pokok Bunga Matahari Kembang Cantik, Buat Tips Ini & Dapat Sama Makan Kuaci!

Baca juga: Tips Tanam Pokok Mulberi Atas Tanah Membesar Rendang & Tak Meninggi, Baru Senang Petik!

  1. Jika pokok banyak bunga tapi buah tak lekat itu bermakna kawasan tuan puan tiada atau kurang serangga pendebungaan seperti lebah, black soldier fly, semut yang baik atau lain-lain.
  2. Jika tiada atau kurang maka buah tidak akan jadi, sebab itu amat penting berkawan dengan lebah atau kelulut. Tanam bunga-bunga di tepian untuk jemput mereka.
  3. Baja saya pakai hanya tahi ayam palet yang siap diproses. Tiada baja istimewa dan tuan puan boleh pakai apa-apa baja yang munasabah kepada pokok, seperti baja kopi.
  4. Buah mesti dibalut ketika sebesar ibu jari, lalat buah akan hingap dan suntik telur maka buah akan ada lava dan merosakkan buah secara total.
  5. Bagi tidak mahu buah jadi kering, pastikan pokok bersiram setiap hari jika tanam di pasu atau polibeg besar. Jika tanam dekat tanah pastikan tanah adalah sesuai.

Baca juga: Petua Halau Haiwan Liar Dari Masuk Ladang, Kaedah Mesra Tanpa Menyakiti Makhluk Lain!

Sumber: Maszeli Mohammad Wee via Group Kebun Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri….( KGTTS)

FT Image: Maszeli Mohammad Wee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×