Bagi anda yang sudah mempunyai tanaman pokok mulberi di atas tanah, ini merupakan perkongisan tips untuk ia membesar cantik, berbuah lebat dan tidak meninggi. Mesti rasa seronok kan, bila teringin makan buah mulberi tinggal petik sahaja dari laman rumah.
Ikuti tips yang disarankan Puan Siti Saja mengenai tanaman pokok mulberi di atas tanah seperti berikut.
Baca juga: Petua Halau Haiwan Liar Dari Masuk Ladang, Kaedah Mesra Tanpa Menyakiti Makhluk Lain!
POKOK MULBERI ATAS TANAH
Lagi… lagi… mulbery hehe. Jangan pernah jemu dengan post mengenai mulbery ya.
Kali ini akak nak bagi tips jika tanam mulbery di atas tanah. Buat pengetahuan semua, pokok mulbery akak ini baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan akak.
Baca juga: Buat 5 Petua Ini Agar Pokok Mangga Berbuah Lebat Dalam Pasu, Ramai Lagi Tak Tahu Rupanya!
Baca juga: ‘Trick’ & Tips Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Siapa Sangka Berbuah Sangat Lebat!
Begini caranya.
- Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Akak tanam 10 batang tiang kayu, ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
- Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
- Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang, ikat pada tiang.
- Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan, akak ikat dalam kedudukan lebih kurang 4 kaki tinggi dari tanah.
- Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri, ikat pada dahan utama jika perlu.
- Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi, masih di dalam jangkauan tangan.
- Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok akak berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
- Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun seperti dalam post akak yang terdahulu.
Semoga memberi manfaat pada semua.
Baca juga: Tanam Sayur Bayam Guna Penapis Je Bercambah Lebat, Sesuai Untuk Rumah Tiada Laman!
Baca juga: Cara Tanam Betik Sekaki, Lepas 5 Bulan Dah Berbuah & Saiz Panjang Puas Makan!
Sumber: Siti Saja via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
FT Image: Siti Saja / Nur Aida Md Zainuddin