Tomato merupakan tumbuhan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya yang ranum dan dimasak sebagai sayur sehingga menjadi kegemaran kanak-kanak kerana ia boleh mempunyai rasa yang sangat manis. Seperti cara tanam tomato yang dikongsikan Puan Leya Aalieya di bawah ini, tidak rugi sekiranya anda belajar menanamnya di rumah.
Siapa sangka dengan menggunakan baja kulit bawang dan tinja ayam, tumbuhan tomato ini boleh hidup subur mulai dari proses semaian sehinggalah pokok berbuah. Jom lihat.
Baca juga: Tips Tanam Terung, Bunga Keluar Tapi Asyik Gugur, Guna 1 Teknik Ini Terus Berbuah!
CARA TANAM TOMATO
Lain orang lain caranya. Cara saya tanam tomato dari mula semai sampai pokok berbuah.
Cara-cara penanaman buah tomato:
1. Mula-mula sediakan medium dan biji benih (medium ikut suka masing-masing) cocopeat boleh, tanah hitam sawit boleh (saya guna tanah biasa).
Lepas itu, tabur benih atas medium. Letak tempat yang kena matahari dan siram pagi petang. Kalau benih elok dalam 5 ke 7 hari mesti akan bercambah.
2. Apabila dah tumbuh besar macam ini, baru pindah ke tapak tumbesaran.
Saya pindah di dalam polybag.
Tanah saya guna tanah biasa campur pasir halus dan abu (bakaran dedaunan kering). Tuan puan mahu guna tanah hitam pun boleh, tanah kompos lagi bagus, cocopeat pun boleh ikut suka masing-masing.
Baca juga: ‘Trick’ & Tips Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Siapa Sangka Berbuah Sangat Lebat!
3. Agak-agak dah besar macam ini bolehlah letak baja apa-apa pun boleh ikut suka dan kemampuan masing-masing (saya letak kulit bawang dan baja tinja ayam).
4. Bagi penjagaan pula tuan puan boleh sembur racun serangga organik/kimia (saya sembur racun serangga kimia 2 minggu sekali), kalau tak berkesan juga saya biarkan.
Inilah hasilnya…
Sekian dan terima kasih, semoga ada manfaat.
Baca juga: Kaedah Tanam Bawang Yang Betul, Hasilnya Hidup Lama & Daun Tumbuh Bila Tuai Banyak Kali!
Sumber: Leya Aalieya via Berkebun D Rumah
FT Image: Leya Aalieya