Dapur

Cara Simpan Tomato Paling Terbaik, Tak Sangka Selepas 2 Minggu Pun Masih Kondisi 10/10!

476
SHARES
simpan tomato tahan lama

Buat individu yang sering masak, pembelian sayur-sayuran pastinya tidak asing lagi dalam senarai barangan dapur. Salah satu sayur yang menjadi pilihan adalah tomato. Sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan kulit, pastinya anda akan stres untuk memastikan tomato ini kekal elok untuk digunakan lebih lama. Sudah bermacam cara simpan tomato tahan lama dilakukan tetapi menyedihkan..

Rupanya, ada cara tertentu yang kita pun tidak tahu supaya tomato ini boleh bertahan dalam simpanan melebihi 10 hari! Tak sangka bahawa cara terbaik yang tidak pernah dikongsikan oleh orang ramai sangat menjadi dan menjimatkan poket anda supaya tidak perlu ulang membeli tomato di pasar.

Baca juga: Terkejut Baca Kebaikan Minum Teh Bunga Chrysanthemum, Anda Boleh Jadi Secantik Bunga!

CARA SIMPAN TOMATO TAHAN LAMA SAMPAI LEBIH 1O HARI

1.Letak pita pelekat

simpan tomato tahan lama

Keadaan selepas 10 hari: Masih sama, sedap, tiada perubahan
Rating : 10/10

Teorinya adalah sama seperti tomato terbalik, di mana anda mencipta penghalang kepada cebisan bakteria yang berpotensi pada tomato. Apa yang perlu dilakukan adalah letakkan sekeping pita pelekat kecil (apa-apa jenis boleh digunakan) di atas bonggol batang kecil tomato dan biarkan di sana sehingga anda bersedia untuk menggunakan tomato tersebut. Tak sangka!

2.Terbalikkan tomato

simpan tomato tahan lama

Keadaan selepas 10 hari: Kurang air, tapi masih sedap
Rating: 9/10

Apabila tomato disimpan dengan cara terbalikkan bonggol yang mempunyai daun kecil ke bawah, ia membolehkan udara mengalir dengan mudah di sekeliling batang, yang pada asasnya merupakan laluan terbuka untuk bakteria. Dengan membalikkan tomato dan menyimpannya, ia mewujudkan penghalang kecil terhadap oksigen, memperlahankan proses tomato menjadi buruk.

3.Simpan dalam bekas

Keadaan selepas 10 hari: Warna lebih merah/oren dan pucat
Rating: 3/10

Ini menghasilkan hasil yang sama seperti tomato dalam udara terbuka, dengan tekstur lendir yang sama dan rasa masam. Ujian rasa menjelaskan bahawa kaedah ini tidak melakukan apa-apa selain merosakkan tomato yang sangat baik dan masih elok untuk dimakan.

4.Simpan di tempat terbuka, suhu bilik

Keadaan selepas 10 hari: Berlendir, tak boleh dimakan
Rating : 2/10

Hanya mengambil masa lima hari untuk tomato menjadi lembut, lembek dan berair.

5.Simpan dalam keadaan terbuka dalam peti sejuk

simpan tomato tahan lama

Keadaan selepas 10 hari: Pucat dan tiada rasa
Rating: 2/10

Dengan kesejukan dalam peti sejuk,  tomato akan bertukar warna merah pucat, dan hampir kelihatan sedikit luntur di dalamnya. Jika anda mahu juga menggunakan kaedah ini, dicadangkan untuk mengeluarkannya dari peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.

*Selamat mencuba!

Baca juga:Teknik Supaya Sayur-Sayur Yang Dibeli Lebih Tahan Lama, Ada Yang Sampai Berbulan!

Sumber: TheKitchn.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×