Cantik

Hilangkan ‘Kerak’ Kaki Dengan Buat Skrub Guna 4 Bahan Ini, Barulah Wajah Cantik Kaki Cantik!

4
SHARES
skrub kaki

Penjagaan kecantikan buat kaum wanita bukan hanya tertumpu kepada kecantikan wajah sahaja, malah seluruh badan. Ini juga termasuk dengan kecantikan kaki kerana sudah pasti kita tidak mahu kaki kelihatan ‘berkerak’ setiap kali kita sarungkan kasut yang tidak bertutup menyeluruh kan? Oleh itu, anda memang kena rajin buat skrub kaki di rumah!

Mudah sahaja sebenarnya untuk menghilangkan ‘kerak-kerak’ daki yang ada di kaki anda itu. Gunakan skrub dari bahan-bahan yang disenaraikan di bawah ini dan lakukan sebanyak dua kali seminggu. Barulah wajah cantik, kaki pun cantik!

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

CARA BUAT SKRUB KAKI SUPAYA KELIHATAN CANTIK & TAK ‘BERKERAK’

skrub kaki

Bahan-bahan yang diperlukan:

-Tepung beras
-Garam himalaya
-Kopi
-Yogurt

Cara nak buat macam di bawah:

1.Ambil tepung beras sedikit, campur garam himalaya, dan sedikit yogurt. Kemudian gaul hingga sebati.

2.Anda boleh gosok pada kaki sekali seminggu untuk buang sel kulit mati, barulah cerah tanpa perlu pakai produk. Bukan itu saja, kulit pun lembut sahaja lepas pakai.

3.Skrub ini boleh dipakai ke seluruh badan kecuali muka kerana mempunyai garam kasar. Teksturnya terlalu kasar untuk wajah ya.

skrub kaki

*Selamat mencuba!

Baca juga: 8 Petua Hilangkan Resdung ‘Kronik’ Guna Bahan Semula Jadi, Cara Tradisional Paling Mujarab!

Sumber: Tiktok Arsha Armalie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×