Cantik

8 Petua Hilangkan Resdung ‘Kronik’ Guna Bahan Semula Jadi, Cara Tradisional Paling Mujarab!

44
SHARES
petua hilangkan resdung

“Dah 20 kali aku bersin hari ni. Makin lama makin teruk resdung aku..apa petua hilangkan resdung yang terbaik ya?”

Mengalami masalah resdung yang teruk boleh mengganggu aktiviti harian anda. Mana tidaknya, ada yang sampai bersih tanpa henti, hidung mengalir, kulit wajah sensitif dan sampai migrain teruk. Jadi, bukan secara medikal sahaja rawatan untuk menghilangkan resdung ini malah ada juga petua rawatan secara tradisional.

Baca juga: Muka Cantik Tapi Bibir Hitam? DIY Scrub Bibir Guna 3 Bahan Dapur Ini & ‘Tonyoh’ Sampai Pink!

8 PETUA HILANGKAN RESDUNG SECARA TRADISIONAL, CARA ORANG DULU-DULU..

petua hilangkan resdung

Berdasarkan perkongsian petua dari Muslimah Spa Beauty ini, terdapat beberapa petua menggunakan bahan-bahan semula jadi bagi membantu menghilangkan resdung yang makin teruk.

1. Jika gatal-gatal muka

Rebus pucuk keduduk 10 helai dengan 3 ketul garam kasar, buat basuh muka malam-malam sebelum nak tidur .

2. Resdung bengkak-bengkak muka

-Ambil kulit durian belanda masak campur kulit pokok rambai.
-Rebus buat basuh muka.. 3 hari turut-turut .

3. Resdung jenis berair

Ambil kulit limau purut 2 biji dan ambil 3 biji asam jawa tumbuk dan rebus, buat basuh muka.

4. Resdung jenis gatal seluruh badan & ada ‘ibu’ di belakang

-Ambil sedikit beras campur buah gembunggal
-Rebus buat mandi pagi-pagi 5 hari berturut-turut

5. Jerawat penuh di muka

Pagi-pagi tumbuk pucuk jambu batu, lumurkan ke muka untuk bersihkan kulit muka

6. Jenis jerawat batu

Basuh muka dengan air kelapa bila bangun pagi-pagi.

7. Muka penuh kesan jerawat

– Ambil pucuk mengkudu
-Tumbuk dan sapu di muka bila nak tidur malam

 8. Jerawat bercampur resdung

-Ambil 2 ketul ubi cekor hitam
-Tumbuk dan sapu dekat muka , 5 hari berturut-turut . Buat pada waktu malam sahaja.

petua hilangkan resdung

*Selamat mencuba dan semoga kulit wajah kembali sihat!

Baca juga: Tips Kempiskan Perut Buncit Ibu Lepas Bersalin, Buat Jamu Ekspres Guna 4 Bahan Dapur Ini

Sumber: Instagram MuslimahSpaBeauty

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×