Sihat

Setiap Pagi Mesti Bersin Lebih Dari 20 Kali, Rupanya Ini Punca & Cara Rawat Guna Bahan Dapur!

21
SHARES

“Ahchummmmmmm! Dah 20 kali dah aku kerap bersin setiap pagi sampai gatal hidung dibuatnya!”

Adakah anda merupakan salah seorang yang mengalami masalah kerap bersin setiap pagi? Jika ya, nampaknya anda kena mencari solusi untuk masalah ini kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan jika berlarutan. Malah, ada juga dalam kalangan anda yang mengalami pembengkakan pada hidung dan mata berair! Teruk tu!

Jadi, berikut merupakan antara punca yang menyebabkan anda kerap bersin pada waktu pagi dan doktor turut berkongsikan petua menggunakan bahan dapur untuk merawat masalah ini.

Baca juga: 8 Petua Hilangkan Resdung ‘Kronik’ Guna Bahan Semula Jadi, Cara Tradisional Paling Mujarab!

KENAPA KERAP BERSIN PADA WAKTU PAGI?

kerap bersin

1.Sinus

Sinusitis adalah keradangan atau pembengkakan tisu yang melapisi tisu sinus, iaitu rongga yang dipenuhi udara di belakang tulang muka.

Resdung sendiri berfungsi mengeluarkan lendir untuk membantu menjaga hidung anda supaya bersih dan bebas daripada bakteria. Jika sinus menjadi radang, ia boleh menjadi tersumbat dan diisi dengan cecair yang menyebabkan anda tidak selesa. Sinus juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya sinusitis bakteria yang disebabkan oleh jangkitan, sinusitis kronik, sinusitis subakut yang berlangsung selama beberapa minggu, dan sinusitis akut berulang yang berulang.

2.Udara kering

Adakah anda menggunakan penghawa dingin setiap malam? Ternyata, pendedahan berpanjangan kepada udara kering akibat menggunakan penghawa dingin semasa tidur boleh membuat anda kerap bersin setiap pagi.

Menghirup udara kering boleh mengeringkan sinus anda. Biasanya dalam udara yang agak lembap, lendir melekit dan pekat sehingga boleh memerangkap kuman atau kotoran yang masuk ke dalam hidung.

3.Alergi Rhinitis

Ini adalah punca bersin yang agak biasa pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan biasa yang tidak menyebabkan masalah bagi kebanyakan orang.

Bukan sekadar bersin, gejala rinitis alergi juga boleh disertai dengan batuk, mata gatal dan berair, tekanan pada hidung dan pipi, atau sakit tekak. Biasanya, gejala boleh bertahan sehingga beberapa minggu.

MACAM MANA NAK MENGATASI MASALAH BERSIN PAGI INI?

kerap bersin

 

Untuk merawat bersin, anda mesti terlebih dahulu mengetahui keadaan yang menjadi punca gejala ini. Anda boleh cuba menjalani ujian alahan di hospital untuk menentukan sama ada anda mempunyai alahan tertentu atau tidak. Jika tidak, boleh sahaja menggunakan bahan semula jadi seperti yang dikongsikan oleh Dr Rizal. Bahan utama yang digunakan ialah bawang putih dan air. Berikut langkah penyediaannya.

1)Ambil tiga hingga empat ulas bawang putih dan kupas kulitnya.Hancurkan.

2)Masukkan dua cawan air dalam periuk

3)Panaskan lebih kurang empat minit atau sehingga naik wap

4)Masukkan bawang putih yang dihancurkan

5)Ambil tuala kecil, letak atas kepala atau litupi kepala. Halakan wajah di atas air rebusan bawang putih yang berwap.

6)Sedut bau yang keluar dari wap tersebut yang mengeluarkan bahan yang melegakan. Antaranya allicin.

*Paling seronok sekali adalah segala lendir akan keluar dan anda boleh bernafas dengan lapang dan selesa!

Baca juga: 6 Jenis Beauty Mask Ini Rupanya Ada Fungsi Berbeza Untuk Kulit, Kena Pakai Ikut Kesesuaian Ya!

Sumber: Dr.Rizal Abu Bakar, Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×