Cantik

6 Jenis Beauty Mask Ini Rupanya Ada Fungsi Berbeza Untuk Kulit, Kena Pakai Ikut Kesesuaian Ya!

40
SHARES
jenis mask

Sebagai seorang wanita, penjagaan kulit wajah sememangnya sangat penting supaya dapat memastikan bebas dari segala kotoran dan mendapat ‘glass skin’. Selain menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit yang berkualiti, penggunaan jenis mask muka yang tertentu juga dapat membantu untuk mencuci kulit wajah anda.

Rupanya, setiap jenis mask muka yang dijual di pasaran mempunyai fungsi yang berbeza mengikut kepada masalah kulit anda. Untuk mencapai tahap ‘glass skin’ dengan cepat, anda perlu tahu setiap fungsi penggunaan mask muka ini supaya tidak tersalah pilih. Jom kita tengok!

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

JENIS MASK MUKA YANG ADA DI PASARAN, FUNGSI BERBEZA TAU!

jenis mask

Kalau perasan dekat pasaran ada banyak jenis beauty mask macam Sheet mask, Clay mask, Rubber mask .. Tapi function setiap mask ni tak sama tau. Salah mask memang skin problem tak settle..

1.Sheet mask

Siapa ada masalah skin kusam, nak cerahkan kulit, nak kurangkan wrinkle. Yang nak settle dengan cepat pakai sheet mask hari-hari! Sebab sheet mask ini ada banyak essence yang bagus dalam tu. Pakai 1 minggu, result dah nampak.

2.Rubber Mask

Rubber mask ini famous dekat Korea. Bagus untuk rawat kulit kusam yang nampak letih, lembapkan dan cerahkan kulit.
Harganya agak mahal sebab 1 sachet RM 8 ke atas.

3.Clay mask

Ada masalah pori-pori tersumbat, jerawat, tiny bumps , kulit kusam. Pakai clay mask! Sebab dia bagus untuk tarik buang semua sel kulit mati yang ada dekat muka anda.

4.Charcoal Mask

Bagus untuk detox kulit, keluarkan sel kulit mati dan ketatkan pori. Yang ada kulit berminyak boleh cuba kerana mask ini boleh kawal sebum. Pakai 10 minit kemudian bilas terus boleh nampak muka lebih bersih.

5.Sleeping/Cream Mask

Yang ini special sebab boleh pakai masa tidur. Dia macam moisturiser tapi sebenarnya dalam bentuk mask. Dia 3in1 essence, moisture and mask in 1 tub. Boleh pakai 2 kali seminggu bagus untuk mencerahkan dan melembapkan kulit. Bangun pagi kulit glowing je!

6.Peel Off Mask

Yang ini i suka pakai dulu sebab nak buang dia kena tarik-tarik. Sakit jugak la tapi tak bagus sangat untuk skin barrier actually. Tapi best setiap kali lepas pakai skin rasa smooth je dan peel off mask ini antara mask yang murah. Peel off mask ini yang bestnya bila kita tarik tu kadang-kadang whitehead pun ada melekat sekali tu yang rasa puas hati pakai. Not recommend untuk sensitive skin. Better pakai clay mask sahaja untuk kulit sensitif.

jenis mask

*Jadi, anda selalu guna mask yang mana?

Baca juga: Cleansing Balm VS Cleansing Wipes: Yang Mana Satu Boleh Cuci Solekan Paling Bersih?

Sumber: X @zalyazahari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×