DIY & Kraf

Cara Semai Kunyit Guna Teknik Tisu Basah, Dalam 1-2 Minggu Tunas Dah Keluar!

2
SHARES
tanam kunyit

Kunyit hidup atau kunyit segar merupakan salah satu bahan memasak yang sering digunakan dalam masakan seperti masak lemak cili api. Merupakan pewarna kuning asli dan mempunyai aroma yang harum, penggunaan kunyit yang dibeli kebiasaanya sedikit sahaja dan bakinya akan rosak apabila disimpan. Jadi, untuk elak pembaziran ini berlaku apa kata anda tanam kunyit tersebut?

Bukan sahaja anda tidak perlu beli kunyit lagi apabila ingin menggunakannya dalam masakan, malah sangat mudah untuk diambil di laman rumah sahaja jika kunyit yang ditanam hidup subur. Oleh itu, berikut merupakan perkongsian cara tanam kunyit menggunakan teknik tisu basah. Senang!

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

CARA TANAM KUNYIT GUNA TISU BASAH

tanam kunyit

Setelah menelaah beberapa artikel dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan. Apa yang anda perlu buat adalah:

1. Beli kunyit hidup di kedai.

2. Potong razom (ubi kunyit) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.

3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup. Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.

4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.

5. Apabila razom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.

6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya. Daun kunyit dah mahal sekarang ni. Jadi, boleh la cuba tanam sendiri. Mudah je kan.

tanam kunyit

*Semoga menjadi dan pokok kunyit hidup subur! Boleh juga guna cara yang sama untuk tanam halia.

Baca juga: Rupanya Fungsi Touch N Go Pada MyKad Anda Ada Tarikh Luput, Ini Cara Untuk ‘Renew’

Sumber: Rubi Hasman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×